Sejenis pemanis yang lazim digunakan di dalam air berkarbonat seperti Diet Coke, juga dikenali sebagai aspartame, mungkin akan dilabel sebagai ‘boleh menyebabkan kanser’ pada masa akan datang, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Pemanis yang turut dikenali sebagai aspartame ini merupakan pemanis tiruan rendah kalori yang 200 kali ganda lebih manis daripada gula biasa.
Selain aspartame, tembakau dan juga acetaldehyde (terkandung dalam minuman keras) juga telah disenaraikan sebagai bahan yang mungkin boleh menyebabkan kanser oleh WHO.
Tetapi, itu bukan alasan untuk ambil gula!
Walaupun aspartame boleh menyebabkan kanser, itu bukan bermaksud gula lebih baik daripada pemanis tiruan ini!
Pakar juga mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil terlalu banyak gula dalam diet harian kerana ia boleh menyebabkan obesiti, satu lagi faktor yang dapat meningkatkan risiko kanser.
Selain minuman berkarbonat seperti Diet Coke atau Pepsi Max, ada banyak lagi produk lain yang mengandungi aspartame.
Antaranya ialah gula-gula getah bebas gula, pemanis alternatif dalam kopi atau teh dan juga pemanis bebas gula. Semua produk ini mungkin mengandungi aspartame.
Selain itu, beberapa jenis yogurt juga mungkin mengandungi pemanis tiruan tersebut.
Jadi, lepas ni hati-hatilah dengan sebarang produk yang mengandungi aspartame. Check dulu senarai bahan dia!
Sumber: Fortune.com
Baca: “Ini Ceplos bukan Upin Ipin” Reaksi Pembeli Ketika Beli Gula-Gula Kapas Buat Ramai Terhibur