in

“Asik ya!” – Siap Minta ‘Tapau’, Lelaki Indonesia Terkedu Bila Tahu Rupanya Termakan Sate Babi

Untitled Design 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai umat Islam, kita perlu menjaga apa yang kita makan, terutama sekali bab kesucian serta status halal.

Umum mengetahui, antara makanan yang haram untuk dimakan oleh umat Islam ialah daging babi dan beberapa makanan lain seperti haiwan yang tidak disembelih serta daging haiwan yang bertaring.


Terbaru, seorang influencer dari negara seberang iaitu Indonesia terkedu apabila dia baru mengetahui sate yang dimakannya itu diperbuat daripada daging babi. Reaksi kedua-dua mereka sedang menjamah hidangan itu dirakamkan lalu dimuat naik di TikTok.

Artikel berkaitan: “Jem kepala” –  Netizen ‘Keliru’ Peniaga Jual Bakso Babi Tapi Bertudung

Artikel berkaitan: Nasi Kandar Lauk Babi Bebas Dihidang & Dijual Pada Bukan Islam – Mufti Pulau Pinang

@sakasyarif

Budayakan bertanya setelah makan‼️#sakasyarif #fyp

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Pengguna TikTok @sakasyarif itu hanya bertanya berkenaan sate tersebut selepas sudah menghabiskan secucuk sate sebelum memanggil pekerja restoran itu untuk menambah pesanan sate yang sama.

“Budayakan bertanya setelah makan!” 

Dalam video berdurasi seminit lebih itu kelihatan lelaki berkenaan meludahkan semula sate tersebut dan meminta untuk membungkus sahaja pesanan mereka itu.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudahpun mencapai lebih 25 juta tontonan serta lebih 20k komen.

Lepas ni tanya dulu guys sebelum makan…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.