Kehilangan anak tersayang merupakan satu memori paling perit buat ibu dan bapa, sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia.
Jika diimbau kembali, sedangkan rakyat Malaysia turut berduka apabila mendengar khabar berita tersebut, inikan pula ahli keluarga terdekat mereka.
Artikel Berkaitan : Kes Tuduh Ahli “F’ & Fitnah Arwah Siti Sarah Selesai, Pelaku Buat Kenyataan Maaf Depan Shuib
Artikel Berkaitan : “Pewaris Siti Sarah” – Netizen Puji Bakat Vokal Anak Shuib
Tular di TikTok satu video yang memperlihatkan Raissuddin sedang berkaraoke lagu dendangan arwah Siti Sarah yang popular pada awal tahun 2000 dahulu iaitu Sandarkan Pada Kenangan.
Difahamkan, pada awalnya Raissuddin sendiri yang ajak karaoke, namun dalam rakaman itu, saat di pertengahan lagu, Raissuddin tak dapat menyambung nyanyiannya kerana sebak mungkin disebabkan rindu dengan arwah anaknya itu sebelum meneruskan nyanyiannya itu.
@suciuwais Asal nya dia ajak sekali utk karaoke bersama. #sandarkanpadakenangan #makder #raissuddinhamzah #fyp #sitisarahraisuddin
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut sebak melihatnya, malah rasa ‘sakit rindu’ yang Raissuddin rasai itu memang mereka sendiri dapat rasai.
Untuk rekod, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 jam 5.31 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Sumber : TikTok