Sejak wabak Covid-19 melanda di negara kita, pelbagai usaha kerajaan bagi membasmi dan mengawal virus itu dari menjadi lebih teruk termasuk arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan turut menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar arahan dan berkuatkuasa serta merta pada 8 April lalu.
Namun yang terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.
Menurut Sinar Harian, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka yang dipinda itu telah dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.
“Akta itu digubal pada 1988 dan kadar RM1,000 itu adalah munasabah pada ketika itu tetapi sekarang kita perlu menyemaknya semula… Jadi saya serahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan,”
Perkara ini dilihat mendapat sambutan yang positif dari netizen sendiri yang rata-ratanya bersetuju dengan kenaikan kadar kompaun itu. Rakyat turut berharap agar perkara ini dapat mendidik segelintir masyarakat yang masih degil dan ingkar SOP yang sedia ada.



Harap-harap selepas kenaikan kompaun ini, masyarakat akan lebih memandang serius tentang perkara ini dan tiada lagi kluster baharu yang bakal wujud. Semoga Malaysia menang! Amin…
Baca: Hak mengurangkan jumlah itu terletak pada KKM – Mereka Yang Dikompaun RM1,000 Boleh Buat Rayuan

