Pemergian Siti Sarah Raisuddin menyelubungi ramai orang ketika ini terutamanya keluarga dan rakan-rakan artis yang mengenalinya. Malah, netizen yang tidak rapat dan kenal arwah secara peribadi juga turut berasa sedih kerana memikirkan anak yang baru dilahirkan serta kisah kebaikannya yang dikongsi ramai.
Sejak berita Siti Sarah meninggal dunia diterbitkan pihak media awal pagi tadi, ramai rakan artis yang berkongsi cerita tentang kebaikan arwah ketika hayatnya, termasuklah Ustaz Ebit Lew dan Nadir Ali.
https://www.instagram.com/p/CSVLcA-ozxw/?utm_source=ig_embed&ig_rid=02b490ea-d803-4827-bf6d-d6d42c0285c7
“Arwah sempat hadiahkan Ayash Affan”
Sudah tentunya yang paling terasa kehilangan adalah suaminya, Shuib yang berjanji akan menjaga empat anak mereka,Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan dengan sebaik mungkin.
Menurut Harian Metro, ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Shuib berkata,
Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan yang dilahirkan Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata Allah lebih menyayanginya.”
Jenazah dikebumi di tanah perkuburan sama dengan ibu
Kata Shuib lagi, dia bersyukur apabila Allahyarham isterinya dapat dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ibunya. Difahamkan jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak kira-kira jam 12 tengah hari nanti.
Pada awalnya saya tak pasti sama ada urusan pengebumian dapat dibuat di lokasi sama arwah ibunya. Namun, sebaik tiba di sini saya bersyukur pihak hospital membenarkan jenazah isteri dikebumikan di sana. Entah kenapa saya terasa lokasi itu adalah tempat terbaik untuk arwah isteri saya.”
Urusan tayamum dan solat jenazah akan diuruskan oleh pihak hospital. Terdahulu, penyanyi dan usahawan berusia 37 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM pada jam 5.13 pagi hari ini selepas bertarung nyawa sejak dimasukkan ke hospital, Rabu lepas.
Penyanyi Kesetiaan itu dikejarkan ke hospital selepas tahap oksigen tidak stabil sebelum dilaporkan terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan tanpa sedar pada Jumaat lepas.
Baca: “Beruntunglah dikau diberi syahid” – Pemergian Yang Dirasai, Rakan Artis Kongsi Kebaikan Siti Sarah