in

“Artis Yahudi pun minat ke?” – Bergambar Dengan Gal Gadot, Zahirah Macwilson Dikecam Netizen

Zahirah Macwilson Gal Gadot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang public figure atau orang yang ternama pastinya segala perbuatan dan tindakan akan sentiasa diperhatikan.

Terbaru, pelakon cantik tempatan Zahirah Macwilson menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik gambarnya bersama pelakon Hollywood yang terkenal dengan wataknya Wonder Women, Gal Gadot.


https://www.instagram.com/p/CriTnkvqIUM/

Walaupun, ianya sesuatu yang membanggakan apabila bakat Malaysia menempa nama di luar namun lain pula ceritanya di ruangan komen tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, sebahagian besar daripada kita menunjukkan sokongan terhadap Palestin yang seperti semua maklum kini sedang berhadapan dengan serangan daripada Israel.

Kelihatan beberapa orang yang menganggap Zahirah tidak sepatutnya mengambil gambar dengan pelakon Wonder Women itu kerana dia seorang bekas tentera Israel dan merupakan salah seorang aktivis bagi negara tersebut.

Cats 50

Dalam pada itu, menerusi posting lain Zahirah turut mengambil peluang bergambar dengan beberapa nama besar lain seperti Barbara Palvin serta Ronaldo.

Difahamkan, Zahirah kini berada di New York, Amerika Syarikat bagi pelancaran serta pembukaan kedai terbaru jenama barang kemas mewah, Tiffany and Co.

Baca: “You artis, bukan influencer TikTok” – Mierul Aiman Dikecam Sebab Vape Depan Khalayak Ramai

Ft Mierul Aiman Vape

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.