in

“Are you kidding me?!” – Dapat Markah 3.9/5, Netizen Tak Puas Hati ‘Ranking’ Nasi Lemak Hanya OK

Nasi Lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi Lemak sangat popular dan dekat dengan hati rakyat Malaysia sehinggakan ia boleh dianggap sebagai makanan nasional negara ini. Selain sedap dijamah bersama beberapa lauk tambahan seperti paru, ayam goreng dan rendang, hidangan ini turut boleh dikatakan sebagai pengikat semua bangsa di negara ini. Pendek kata, semua rakyat Malaysia suka Nasi Lemak, tak kiralah bangsa apa dan agama.

Nasi Lemak featured image e1647136657148

Pun begitu, satu ranking yang dikeluarkan oleh Taste Atlas di laman sosial Facebook yang membabitkan Nasi Lemak telah mendapat pelbagai reaksi kurang senang rakyat Malaysia. Ini kerana, menurut ranking berkenaan makanan nasional ini hanya berada pada level OK saje. Biar betik?!


Memetik Taste Atlas di Facebook, posting terbabit menunjukkan kedudukan beberapa makanan di seluruh Asia Tenggara. Menurut posting ini, Taste Atlas membahagikan makanan-makanan terbabit kepada empat kategori iaitu:

  • Best (skor 4.5 dan ke atas)
  • Great (skor 4.0 dan ke atas)
  • OK (skor 3.5 dan ke atas)
  • Worst (skor 3.5 dan ke bawah)

“Rasanya yang buat ranking ni tak suka makan makanan pedas” – netizen

https://www.facebook.com/TasteAtlas/photos/a.1929025990666428/3190226901212991/?type=3

Walaupun ranking berkenaan nampak biasa je, tapi bila diteliti, hidangan Nasi Lemak adalah satu-satunya hidangan yang mewakili Malaysia. Tidak cukup dengan itu, hidangan nasional ini juga hanya berada di tangga OK dengan markah 3.9 daripada 5.

Untuk info, Taste Atlas telah menjelaskan ranking terbabit adalah berdasarkan keputusan undian pengikut mereka di Facebook. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dan menganggap undian berkenaan berat sebelah dan mendakwa ia adalah ‘serangan’ terhadap sesebuah negara dan bukannya makanan.

Meninjau di ruangan komen pula, netizen Malaysia turut tidak berpuas hati dengan ranking terbabit kerana ramai yang menganggap hidangan Nasi Lemak tidak patut duduk di tangga OK saje.

Berikut adalah antara komen netizen:

bubur ayam kuning e1647136764607

“Hakikat bubur ayam ada di top 3 menunjukkan rating Taste Atlas ni tak boleh dipercayai. Ramai yang makan bubur ayam ni bila sakit je.”

“Ada benda yang tak kena dengan rating ni sebab bubur ayam boleh dapat ranking lagi tinggi dari satay, pad thai dan pho.”

“Macam mana bubur ayam yang bukan makanan asli Asia Tenggara boleh masuk senarai dan menang pulak tu kalahkan satay, pad thai dan Nasi Lemak yang memang makanan asli.”

“Siapalah yang buat ranking ni? Mana rendang? Tomyam? Nasi Kandar?”

Apa pendapat korang tentang ranking ni?

Sumber: Taste Atlas

Baca: “Tahniah!!” – Chef Malaysia Raih Pingat Emas Di Ireland Lepas Berjaya Tawan Hati Juri Dengan Resepi Nasi Lemak

feature image nasi lemak e1647134597531

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.