in

Arab Saudi Lebih Berpeluang Nampak Anak Bulan Berbanding Malaysia? Ini Penjelasannya…

Anak Bulan Arab Saudi Lagi Nampak Berbanding Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak awal Ramadan sehinggalah hari ini, penentuan tarikh 1 Syawal sering diperdebatkan di media sosial dengan ramai mempersoalkan mengapa ia tidak boleh terus ditentukan mengikut maklumat astronomi di negara Arab.

Namun begitu, tarikh 1 Syawal ditentukan berdasarkan pedoman Muhammad SAW yang menjadi sandaran ulama dan pemerintah menggunakan kaedah hisab dan cerapan.


Mengikut Pusat Astronomi Antarabangsa, sebanyak 32 negara mula berpuasa pada 23 Mac, iaitu Khamis, manakala hanya dua negara, iaitu Bangladesh dan India mula berpuasa pada 24 Mac (Jumaat).

Oleh itu, negara seperti di Asia Barat, Afrika, Eropah dan Asia Tenggara akan mencerap anak bulan pada 20 April. Bagi 32 negara terbabit, penampakan anak bulan akan menentukan tarikh hari raya sama ada Jumaat atau Sabtu.

Perdebatan penentuan anak bulan Syawal ini juga memperlihatkan segelintir masyarakat memperlekehkan kepakaran badan autoriti.

76967 Ilustrasi Sore Bulan Hilal 1 Syawal 2022 Kapan

Penampakan anak bulan bergantung kepada lokasi geografi

Memetik kenyataan Jabatan Mufti Negeri Pahang, umur anak bulan yang dilihat bergantung kepada lokasi geografi sesebuah negara. Umur bulan ini berbeza-beza bagi setiap negara bergantung kepada kedudukan negara.

Apabila semakin besar umur bulan, maka semakin luas kawasan bulan bercahaya dan semakin tinggilah peluang anak bulan kelihatan.

Berdasarkan fakta itu, maka negara berada di sebelah barat lebih berpeluang melihat anak bulan berbanding negara di sebelah timur.

Contohnya, Malaysia dan Arab Saudi akan melakukan cerapan anak bulan Syawal tahun ini pada waktu Maghrib hari ke 29 Ramadan seperti yang dinaskan ahli fiqh berdasarkan Al-Quran.

“Walau macam mana pun, kita tidak boleh melihat anak bulan berdasarkan Saudi kerana hadis Rasulullah ada bersabda, sesiapa tengok anak bulan berdasarkan satu tempat, hendaklah melihat anak bulan Syawal dan Ramadan, di situlah keputusan diberikan di mana kita tengok anak bulan berdasarkan keputusan sesebuah negara itu,” katanya.

Untuk tahun ini, terdapat 29 lokasi untuk melihat anak bulan Syawal pada petang Khamis (20 April) di seluruh negara.

Secara mudahnya, jika kita nampak anak bulan, kita akan sambut Syawal awal. Tapi, kalau tak nampak, kita cukupkan puasa 30 hari.

Jangan kalut, apa pun keputusan, kita terima sebaiknya…

Baca: “Bukan Jumaat atau Sabtu” – Sebahagian Umat Islam Di Yogyakarta Raya Hari Khamis
Yogyakarta Raya Awal

Sumber: Suara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.