Mesti ramai yang sudah tahu mengenai pembukaan kedai rasmi Apple Store pertama di Malaysia setelah berita mengenai Apple Store yang bakal dibuka di Menara Tun Razak Exchange (TRX) tular di media sosial.
Bagaimanapun, ramai yang menjangkakan pembukaan kedai rasmi Apple ini bakal berlaku pada bulan Mei 2023, selari dengan khabar angin sebelum ini.
Sape nak keja Apple Store Malaysia, ni Apple dah bukak vacancy. Apple ye. Bukan Machines, Switch dan sewaktu dengannya. Boleh rujuk https://t.co/hKO6N181Hs pic.twitter.com/1ZaCxriplJ
— Nazri Ishak ?? (@techsupremo) December 15, 2022
Sehubungan dengan itu, telah kecoh di media sosial mengenai sebuah ciapan di Twitter yang memaparkan beberapa iklan kerja kosong oleh syarikat teknologi terkenal antarabangsa itu sendiri.
Perkara ini telah disahkan melalui laman web rasmi Apple yang mengiklankan pencarian pekerja untuk Apple Retail di Malaysia.

Daripada iklan tersebut juga dapat dilihat, lebih daripada 11 jawatan kosong yang diiklankan bagaimanapun, tiada sebarang lokasi yang didedahkan selain hanya menyatakan pelbagai lokasi di Malaysia.
Selain itu, sebahagian tawaran jawatan tersebut juga dapat dikesan di portal pekerjaan popular, LinkedIn dan sekaligus membuatkan orang ramai lebih yakin bahawa Apple akan membuka kedai rasmi mereka tidak lama lagi.
Boleh apply kerja dari LinkedIn

Setakat ini, kesemua jawatan tersebut masih terbuka kepada orang ramai yang berminat mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan.
Buat info tambahan pembaca, majoriti tawaran yang dibuka itu memerlukan bidang kepakaran tertentu bagi memastikan kelancaran bisnes jenama syarikat yang semakin menjadi pilihan ramai itu.
Bakal menjadi Apple Store ke-6 di Asia Tenggara?


Jika benar Apple Store akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, ia akan menjadi Apple Store ke-6 yang dibuka di Asia Tenggara selepas Singapura (tiga cawangan) dan Thailand (dua cawangan).
Tidak dinafikan, pembukaan Apple Store di Malaysia ini sangat ditunggu-tunggu ramai kerana ia menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik dari aspek penghantaran dan penggantian produk semasa jaminan lebih mudah dan pantas.
Sumber: Twitter, AppleMY, TheEdge, KL Foodie
Pehhh ni buat min tak sabar nak tunggu ni!

