Ramai pelajar yang tidak melepaskan peluang berkongsi kegembiraan mereka selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di media sosial.
Baru-baru ini, tular mengenai sebuah video yang memaparkan sepasang kembar lelaki iaitu Khairul Eizlan Nazri dan Khairul Ezzriq memberi reaksi teruja apabila kedua-duanya mendapat 9A dalam SPM.
4 beradik raih 9A
Menerusi perkongsian video dari kakaknya pula yang bernama Azreen Izzati, rupanya terdapat dua lagi adik-beradik yang meraih keputusan 9A semasa SPM pada tahun masing-masing.
Artikel berkaitan: Pelajar Dapat Skor A Dalam SPM, Hadiahkan Cikgu Televisyen Baru
Artikel berkaitan: “Tahniah bang!” – Reaksi Pelajar Terkejut Dapat ‘Straight A’ SPM Raih Perhatian, Satu Dewan Bersorak
@nikkazreen Kami anak mak, salam perkenalan! #spm2023 #batch06 #resultsspm2023 #foryoupage #fypシ゚viral #fyp #capcut
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan keluarga ini selain memuji didikan yang diberikan oleh ibunya.
Memetik laporan Sinar Harian, Azreen memaklumkan bahawa ibunya sangat menekankan pelajaran namun tidak ke arah memaksa sehingga menyebabkan anak-anaknya tidak suka belajar.
“Garang itu subjektif tapi boleh saya katakan yang garangnya bertempat. Alhamdulillah, beliau tidak pernah paksa kami soal pelajaran.
“Ibu juga selalu beri ruang dan peluang kepada saya dengan adik-beradik lain untuk pilih serta buat keputusan sendiri,” kata Azreen.
@nikkazreen Dah namanya kembar kan? Disclaimer: lepas a day posted baru perasan yang i terpost results orang yg sama sis konpius kembar, ??haha but alhamdulillah both attained straight As but tak Exactly sama ya??? #resultsspm2023 #batch06 #spm2023 #fyp #viral #foryoupage
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Tambah Azreen, dia dan adik-beradik yang lain sering memohon doa serta restu daripada ibunya kerana itu merupakan salah satu kejayaan setiap anak-anak.
“Saya banyak minta ibu untuk doakan kami adik-beradik kerana itu kunci kejayaan setiap anak dan mampu menjamin keselamatan kita, insha-Allah,” ujarnya.
Meskipun pada awalnya mereka bimbang semasa menunggu keputusan SPM adik lelaki kembar, tetapi bersyukur apabila mengetahui kedua-duanya mendapat keputusan cemerlang.
Sumber: Sinar Harian, TikTok