in

“Apa yang cuba disampaikan?” – Ramai Pertikai Kenapa CIA ‘Post’ Gambar Duit Syiling Malaysia

syaz ft 2025 07 16T122606.351

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba ada sesuatu yang mengejutkan di laman X. Akaun Central Intelligence Agency (CIA) atau Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (AS) memuat naik gambar duit syiling Malaysia.

Lebih menimbulkan tanda tanya adalah menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat duit syiling 20 sen dengan lakaran orang lidi serta tanda S di kepala, duit syiling 10 sen dengan tulisan yang tidak difahami selain duit syiling 5 sen dengan tapak kaki haiwan.


Artikel berkaitan: “Ada suara pelik dalam video” –  Wanita Dakwa Diganggu, Jumpa Duit Syiling Dalam Rumah

Artikel berkaitan: Lelaki ‘Alfa’, Pernah Bertekak Dengan Wartawan, Siapa Sebenarnya Nick Adams Calon Duta AS Ke Malaysia?

Dalam hantaran itu, terdapat pautan yang bertajuk ‘Artifak Minggu Ini: Syiling Yang Ditinggalkan di Patung Nathan Hale’.

“Tugu itu menggambarkan saat sebelum Hale dihukum mati, dia merupakan pemuda berusia 21 tahun yang bersedia mempertaruhkan nyawanya demi negara, tangan dan kaki terikat, wajahnya tegas, dan matanya memandang jauh.

Seiring waktu, satu tradisi telah berkembang di sekitar tugu peringatan Hale, sebelum berangkat ke luar negara, pegawai CIA akan meninggalkan sekeping syiling di kaki patung itu,” tulis artikel itu.

Menurut legenda, tindakan itu akan membawa tuah dan memastikan Hale ‘menjaga’ keselamatan para pegawai dalam misi mereka.

Pun begitu, masih tiada penjelasan berkenaan mengapa CIA memuat naik gambar syiling Malaysia itu.

Harap sekadar informasi je lah ye…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.