in

“Apa tujuan?” – Siar Temuramah Puteri Balqis, NGO Kecam Youtuber Sebab Lakukan ‘Eksploitasi Seksual’

brosgang puteri balqis temuramah

Sedang hangat diperkatakan beberapa hari ini mengenai pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis yang mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sendiri.

Pelakon remaja berkenaan itu juga pada masa yang sama telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya semalam atas dakwaan pernah menjadi mangsa gangguan seksual bapa kandungnya sendiri, lapor mStar.

https://www.instagram.com/p/CeTHzu4pHu3/

Siar video temuramah, satu bentuk eksploitasi seksual 

Walau bagaimanapun, tindakan Youtuber yang menemu bual pelakon remaja perempuan berusia 15 tahun bagi mendedahkan dakwaan perbuatan jenayah bapa pelakon itu adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan.

Menurut Presiden Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim berkata, Youtuber itu juga tak ada hak untuk menyiarkan pendedahan remaja itu kerana tindakan yang didakwa dibuat oleh bapa Aqish adalah satu bentuk perbuatan jenayah, lapor Harian Metro.

raj karim

Dia juga berkata mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan di media sosial perlu ikut garis panduan yang ditetapkan dalam temubual kanak-kanak untuk elakkan mereka dieksploitasi golongan berkenaan demi mengejar views tinggi.

“Apa tujuan Youtuber itu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemubualnya.

“Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam. 

“Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemubual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.

“Kita sendiri tidak tahu bagaimana Youtuber ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka,” katanya.

brogangs

aqish 2

Pada masa yang sama, Raj juga bimbang tindakan pelakon tersebut mendedahkan pengalaman pahitnya dikhuatiri dapat beri kesan jangka panjang iaitu kemurungan dan rasa malu.

Remaja terbabit sepatutnya dapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika benar berdepan dengan gangguan seksual, katanya lagi.

Apa-apa kes ini masih dalam siasatan polis selepas kedua-dua belah pihak pun dah buat laporan kan. 

Baca: “Tak terfikir nak buat benda keji macam tu” – Individu Dipercayai Bapa Aqish Buat Laporan Polis

aqish

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube