in

“Apa sumbangan dia kepada negara?”- Cikgu Risau Anak Muda Zaman Kini Terlalu Agungkan Influencer

Influencer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia zaman sekarang dan kewujudan pempengaruh media sosial memang tidak dapat dipisahkan sehinggakan ada remaja yang memutuskan untuk tidak sambung belajar kerana mahu menjadi influencer atau TikToker.

Perkara ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan guru-guru di Malaysia kerana risau dengan masa depan ramai anak muda generasi kini.


Seorang guru di TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Anand baru-baru ini meluahkan rasa bimbang dan kecewanya terhadap anak muda yang dilihat terlalu mengagungkan influencers.

@cikguanandbm

Jangan terlalu mengagungkan pelakon dan influencer. #fyp #foryoupage #ishowspeed #malaysia #pavilion #pavilionkl #ishow #masyarakat #malay #chinese #indian #hindu #uncleroger #nigelng #tiktokviral #tamil

♬ Sound effects of long beep.(1367478) – pluto

Artikel Berkaitan: Raih 7 Juta Tontonan ‘Live Stream’ Di Malaysia, Siapa Youtuber iShowSpeed Ni?

Artikel berkaitan: YouTuber Dedah Sebab Apa Ramai Travel Vlogger Suka Buat Konten Tentang Malaysia

Ini sejurus Cikgu Anand melihat ramai anak muda yang berkumpul ramai-ramai sambil melaungkan nama Youtuber iShowSpeed yang di hadapan sebuah restoran di pusat beli belah terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur.

7 1

Untuk makluman semua, YouTuber iShowSpeed itu telah datang ke Kuala Lumpur baru-baru ini dan dia telah ke beberapa tempat di sekitar KL dan telah diserbu peminatnya di situ.

Dia adalah influencer, apakah sumbangan individu itu kepada masyarakat? Apakah sumbangan individu itu kepada negara? Apakah sumbangan individu itu kepada kesejahteraan negara dan dunia?” tegas Cikgu Anand dalam video TikTok yang berdurasi hampir tiga minit itu.

Cikgu Anand juga berpendapat bahawa masyarakat yang mengagung-agungkan pelakon, pelawak atau hiburan adalah masyarakat yang tidak akan maju.

Boleh je nak minat seseorang tu, tapi perlulah secara sederhana dan tahu batas-batasnya. Jangan sampai obses pula.

Apa pula pendapat anda?

Sumber: TikTok @cikguanandbm

 

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.