Belum surut isu sebuah stesen TV menjemput Kak Long atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sebagai tetamu dalam salah satu program mereka, sekali lagi dia mendapat perhatian netizen selepas kecoh videonya mengajuk orang kelainan upaya (OKU).
Disebabkan sifat Kak Long yang kalis kecaman dari netizen, ramai yang cuba ‘membongkar’ apakah puncanya dan hasil carian mereka mendapati salah seorang usahawan dikatakan telah menjadi ‘sifu’ kepadanya.
“Saya cuma ajar setting ads je”
Ekoran itu, di sosial media terutamanya di Facebook dan juga Twitter, usahawan ini menerima kecaman netizen yang mengatakan dirinya menjadi punca kepada sikap sambil lewa Kak Long yang tak makan ‘saman’.
Ekoran itu, usahawan ini yang sedar bahawa dirinya telah menerima kecaman bertubi-tubi selepas ‘dituduh’ menjadi punca segera memuatnaik status di Facebook miliknya dengan menjelaskan situasi sebenar.
Difahamkan bahawa dia juga terkejut kerana namanya turut dikaitkan dengan Kak Long walaupun bukanlah dirinya yang mengajar untuk buat perkara-perkara yang mudah dikecam orang ramai.
Perkongsian status itu telah mendapat komen dari netizen yang rata-rata mengatakan bahawa sesiapa yang terlibat dengan isu ini pasti akan terpalit juga kecaman kepada dirinya kerana beranggapan seperti mereka menyokong semua tindakan Kak Long.
Hmmm… Min harap Kak Long takde lagi lah buat hal lepas ni… Memang habis satu Malaysia dok bercakap pasal dia…
Baca: “Demi Allah saya xdak hina” – Kak Long Minta Maaf Lepas Video ‘Ejek OKU’ Viral