Bila cerita pasal ibu mengandung ini dah tentu pelbagai ragam dan kerenah yang boleh dilihat lebih-lebih lagi bila datangya perangai craving mereka. Tentu sahaja yang akan jadi mangsa adalah para suami dimana mereka terpaksa melayan dengan menunaikan semua hajat si isteri.
Ia juga turut berlaku kepada seorang wanita yang kini sedang hamil telah mengidam sesuatu yang boleh dikatakan berbeza daripada wanita hamil yang lain.
Mengidam nak kunyah beras
Perkara tersebut telah dikongsikan di laman Tiktok oleh Shee Yunus yang kini sedang dalam keadaan hamil. Apa yang menarik perhatian adalah dia bertindak untuk mengunyah segumpal beras mentah atas sebab keinginan dan mengidam semasa waktu hamil. Unik weh!
https://www.tiktok.com/@sheeyunus/video/7124934997600898331
“My current addiction, makan beras.”
Ujarnya juga tabiat makan beras tersebut telah terjadi bermula semasa dia dalam tempoh hamil dan kini telah menjadi sebahagian snek atau jajan untuknya pada waktu lapang.
Video tersebut meraih 600,000 tontonan dalam masa sehari dan rata-rata menjadi bualan netizen terhadap tindakan wanita tersebut.
“Apa rasa beras tu?”
Turut ada juga segelintir netizen yang bertanya mengenai rasa beras itu apabila dikunyah dan wanita tersebut juga mengambil kesempatan untuk berkongsi bagaimanakah rasa beras yang sebenar di video yang seterusnya.
https://www.tiktok.com/@sheeyunus/video/7125435514227920155?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Rasanya sedap, manis dan crunchy.”
Katanya juga tabiat ini akan terhenti selepas sudah bersalin dan hanya berlaku semasa dia dalam keadaan hamil sahaja. Yela bila mengandung je akan ngidam benda yang pelik-pelik!
Rupanya ramai netizen boleh relate!
Ku sangkakan perkara unik namun tidak! Rupanya ramai netizen berkongsi perkara yang sama mengenai tabiat makan beras ini. Ada yang tak pregnant pun suka makan beras sejak kecil lagi.
“saya tak mengandung tapi suka makan beras since umur 11 tahun lagi. sekarang dah 22 pun still makan. tapi dah tak kuat. sebab gigi banyak rosak.”
Ada juga yang berkongsi pengalaman mengidam yang lagi pelik daripada memakan beras. Ternyata, memang banyak ragam yang boleh kita lihat oleh para isteri yang mengandung ini.
Korang pernah tak ada pengalaman ibu mengandung yang mengidam benda yang pertama kali didengar?
Baca: Tindakan Lelaki Ugut Isteri ‘Pregnant’ Guna Lafaz Cerai Undang Teguran Dari Peguam