Serangan yang kini berlaku di tanah Palestin membuka mata orang ramai atas kekejaman yang dilakukan kepada mereka oleh rejim Israel.
Ramai selebriti tempatan dan antarabangsa menunjukkan solidariti kepada Palestin dengan pelbagai cara, antara yang tular baru-baru ini ialah penyanyi Hollywood, Macklemore melancarkan sebuah lagu bagi menunjukkan sokongan terhadap bumi Palestin.
Artikel berkaitan: Tersenarai Dalam Blockout 2024, Daiyan Trisha Pertahan Diri Tunjuk Sumbangan RM100,000 Kepada Palestin
Artikel berktaitan: Respect! Macklemore Buat Lagu Sokong Palestin, Ini Semua Yang Korang Kena Tahu Tentang ‘Hind’s Hall’
Pun begitu, seorang pempengaruh serta usahawan Anas Zahrin memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya yang memaparkan dia mengenakan SFX makeup serta beberapa selingan video peperangan di Palestin.
View this post on Instagram
“Apa yang dia buat ni?”
Meskipun niat usahawan itu murni namun tindakannya itu membuatkan ramai yang tidak setuju serta merasakan ia sangat sukar untuk difahami.
Malah, ada juga yang berkata tindakan pempengaruh itu seakan mengejek kesusahan serta nasib rakyat Palestin yang kini sangat sengsara.
Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada penjelasan daripada pihaknya berkenaan content tersebut dan dia telah pun memadam ruangan komen bagi posting tersebut.