in

“Apa ni sedagha?” – ‘Influencer Sastera’ Didakwa ‘Ciduk’ Karya Orang Lain?

Zhiddin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh mengenai seorang pempengaruh di TikTok yang didakwa tidak mendapat anugerah dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti yang dijanjikan.

Influencer yang dimaksudkan ialah Zhiddin Aziz, dia mendakwa dirinya digugurkan dari Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 bagi kategori Ikon Belia Influencer (Media Sosial).


Artikel berkaitan: “Kenapa Fujiyama, Himalaya?” –  ‘Influencer’ Kongsi Maksud Sebenar Lagu ‘Nurse’ Viral Di TikTok

Artikel berkaitan: Media Indonesia Dikecam Lepas ‘Claim’ Belia Malaysia Suka Cakap Bahasa Indonesia?

Perkara itu bagaimanapun telah pun diselesaikan bersama pihak KBS dan Zhiddin juga telah pun bertemu dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Masih mengenai influencer sastera ini, hari ini tular sebuah lagi video yang memaparkan Zhiddin didakwa ‘menciduk’ karya syarahan yang pernah menjadi juara dunia pada tahun 2011.

https://www.tiktok.com/@khairulafsan/video/7301705262551878914

Dalam perkongsian TikTok @khairulafsan itu, difahamkan individu yang membuat pendedahan itu merupakan jurulatih pengucapan awam pada ketika itu dan dia sendiri membuat teks itu bersama peserta pertandingan tersebut.

Menerusi video itu, dapat dilihat teks yang digunakan oleh Zhiddin itu salin tak tumpah dengan apa yang dibacakan oleh juara dunia pada tahun 2011 yang dikenali sebagai Amirudin Abd. Rahman.

Pun begitu, menerusi ruangan komen kelihatan influencer terkenal itu memohon maaf berkenaan isu tersebut dan memberitahu dia sendiri sebelum ini tidak tahu dari mana asal-usul teks tersebut dan hanya ‘mengikut’ orang di sekelilingnya sahaja.

“Maaf tuan seikhlas hati hnya menyambut bahasa ilmu, sejujurnya tidak tahu siapa pemilik kerana ayat ni sering diguna orang sekeliling saya.

Maka saya sering berpesan kepada yang bertanya. ‘Saya banyak belajar peribahasa dan ayat yang ada dari orang sekeliling’.

Sentiasa menceritakan proses alami saya sangat bahagia apabila dapat tahu mana datang pokok puncanya. Saya pasti akan terus ingat nama abg untuk jadikan rujukan. Terima kasih abg kerana terus mewarnakan bahasa ilmu dalam kalangan saya dan rakan-rakan,” tulisnya.

Selain itu, Zhiddin juga memberitahu dia akan memadamkan video tersebut dan jika dia ingin memuat naik semula dia akan mention pemilik asal teks tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.