in

“Apa nak jadi lah” – Warga Emas Dipukul Sekumpulan Lelaki Selepas Terlibat Kemalangan

pukul warga asing

Apabila gagal menahan emosi, banyak perkara serta tindakan yang boleh dilakukan sehingga menyebabkan perkara yang lebih serius.

Seperti yang tular di platform X baru-baru ini di mana kelihatan sekumpulan lelaki bertindak memukul seorang lelaki warga emas selepas mereka terlibat dalam satu kemalangan.

Artikel berkaitan: Bengang Kena ‘Bebel’ Sebab Minta Semula Wang Tambang, Budak 13 Tahun Cuba Tikam Pemandu Warga Emas

Artikel berkaitan: “Berulang kali minta maaf” –  Keluarga Kemalangan 4 Beranak Minta Jangan Kecam Pemandu Trak

“Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni. Janganlah terjadi begini kepada keluarga kita. Orang tua saja pun. Dah nak jadi kemalangan,” tulisnya.

Dalam video perkongsian @MohamadYusofBi6 itu kelihatan salah seorang daripada mereka bertindak menumbuk pintu kereta lelaki warga emas itu sebelum beberapa lagi lelaki lain datang dan mengerumuni warga emas itu lalu mengasarinya.

1 5

Pun begitu, ada juga orang awam lain yang dilihat ingin menenangkan keadaan dan cuba untuk meleraikan pergaduhan itu.

Kereta jenis Proton yang dipandu lelaki warga emas itu dilihat remuk di bahagian hadapan akibat kemalangan itu.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada identiti mengenai mangsa warga emas serta pelaku berhubung kejadian itu. Selain itu, masih juga belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berkenaan video tular itu.

Sumber: X

Sumber: X