in

“Apa motif dia” – Cikgu Bagi 30 Pelajar Sekolah Rendah Minum Air Suci, Rupa-rupanya…

Thai Teacher Makes 30 Students Drink His Pee Claims Its Holy Water From Temple World Of Buzz 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, seorang penasihat perubatan Thailand, Doktor Phoomphet Dethastin merayu kepada Majlis Guru Thailand di Facebook untuk menyiasat seorang guru dari daerah Khon Kaen selepas mengetahui yang guru ini dalam diam campurkan air kencing ke dalam air dan berikan kepada pelajar-pelajarnya untuk minum. Eww kenapa?

Menurut WORLD OF BUZZ, cikgu ini kata yang “air ajaib” ini boleh sembuhkan kanak-kanak dari sakit perut dalam masa 30 minit je lepas minum. Bukan tu je, dia siap mengaku dah bagi 30 pelajar minum air kencingnya ini dengan memberitahu dorang air tersebut merupakan air suci yang dibawa dari kuil. Gelinya…


Thai Teacher Makes 30 Students Drink His Pee Claims Its Holy Water From Temple World Of Buzz 5
Sumber: wob

Rata-rata netizen yang membaca tentang perkara ini marah dengan perbuatan cikgu tersebut yang bukan je menipu pelajar-pelajar dia malah tergamak bagi dorang minum air kencing.

Ada yang mengatakan cikgu ni sepatutnya buat eksperimen ni sendiri takyah nak libatkan orang lain. Lagi-lagi dia seorang pendidik, patutnya jadi contoh.

Malangnya, kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku di Thailand. Sebelum ini, seorang peniaga mi di sana telah meletakkan “ramuan istimewa” dalam supnya dan mengatakan mi ini boleh mengurangkan sakit-sakit badan lepas seharian bekerja.

Dilaporkan, dia curi-curi masukkan air kencing ke dalam sup dengan harapan pelanggan-pelanggannya tak tahu tentang perbuatannya itu.

Thai Teacher Makes 30 Students Drink His Pee Claims Its Holy Water From Temple World Of Buzz 8
Sumber: wob

Apa yang mengejutkan, ada beberapa pelanggan yang datang semula ke kedainya untuk beritahu yang sakit mereka memang berkurang lepas makan mi sup peniaga ni.

Walaupun, ada segelintir yang percaya minum air kencing boleh meningkatkan sistem imunisasi dan menyembuhkan sengal otot, Doktor Phoomphet mengatakan perubatan “ekstrem” ini hanya digunakan pada zaman purba semasa ubat moden tak dibuat bagi menangani masalah kesihatan.

So tak payahlah pandai-pandai nak cuba minum air kencing. Ubat lain ada lagi kat luar.  apa yang ada dalam air kencing tu pun korang tak tahu. 

 

Baca: “3 hari tak boleh kencing” – Remaja 14 Tahun Sengaja Cucuk Jarum 3.5 Inci Dalam Zakar Sebab Nak Naikkan Nafsu

Screenshot 2019 08 27 At 4.01.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.