in

“Apa lagi kejutan dari Terengganu?” – Paus Pilot Sirip Pendek Pula Dikesan Di Perairan Besut Sedang Buru Sotong

Sirip Pendek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Apa lagi kejutan dari Terengganu?" - Paus Pilot Sirip Pendek Pula Dikesan Di Perairan Besut Sedang Buru Sotong
Loading
/

Kalau beberapa hari lalu kecoh dengan kemunculan Paus Orca serta Pak Belang di Terengganu, kali ini kejadian unik lagi menarik ni terjadi sekali lagi apabila sekumpulan paus pilot sirip pendek atau “short finned pilot whale” dilihat muncul di Pulau Perhentian dekat perairan Besut, Terengganu. 

Menurut Astro AWANI, paus yang berada kira-kira 30km dari pantai ini tidak pernah melalui perairan Terengganu dan kemunculan mamalia ini juga katanya adalah yang pertama direkodkan setakat ini. Fuh! 


71564105528 Freesize
sumber: sinar harian

 

Paus sedang migrasi, buru sotong dan penyu sebagai makanan

Ketua Cawangan Mamalia Marin (FRI) Rantau Abang, Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, haiwan ni nampaknya telah menjadikan Laut China Selatan sebahagian laluan migrasi mereka dan telah ditemui oleh sekumpulan nelayan sejak Rabu lepas.

Dalam satu video berdurasi 40 saat, kelihatan spesis terbabit bergerak dalam kumpulan antara 10 hingga 50 ekor. Wah banyak! 

Saiz paus ini pulak dianggarkan sepanjang 3 hingga 7 meter dengan berat 3 tan bagi dewasa dan 60 hingga 500kg bagi anaknya.

Tambah Tamimi lagi, paus sirip pendek ini adalah haiwan pemangsa dan ia memburu ikan, sotong, penyu, burung laut dan macam-macam hidupan lain lagi.

 

Paus pilot sirip pendek spesis terancam di Malaysia

Salah satu sebab mungkin Laut China Selatan menjadi laluan migrasi paus-paus ini ialah kerana negeri Terengganu mempunyai banyak sotong.

“Contoh seperti di perairan California Amerika Syarikat ketika musim sotong populasi paus pilot sirip pendek ini sangat banyak akan tetapi setelah sotong mula berkurangan, paus pilot sirip pendek ini tidak kelihatan dan bermigrasi mencari tempat baru,” katanya lagi.

61564107163 Tbpaus
sumber: astro awani

Menurut Tamimi, paus ini juga telah disenaraikan sebagai antara spesis marin terancam di Malaysia dan dunia. Pada tahun 2013 dan 2015 lalu, paus ini pernah ditemui mati terdampar di Sarawak dan Labuan.

 

“Bukan mudah haiwan-haiwan nak berhijrah ke sini. Alhamdulillah rezeki yang baik…” 

Rata-rata yang membaca berita ini menganggap kedatangkan paus tersebut sebagai berita baik dan membawa rezeki yang bertuah buat negeri Terengganu. Sama-samalah kita doakan ye. Jangan asyik fikir negatif je.

Yang Baik
sumber: facebook

Jom berjalan ke Terengganu hujung minggu ni! 

Baca: “Bunyi goncangan dan dengusan kuat” – Lepas Ikan Paus Dan Harimau, Kini Beruang Pula Buat Kemunculan Di Terengganu

Haiwan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.