“Bunyi goncangan dan dengusan kuat”-Lepas Ikan Paus Dan Harimau, Kini Beruang Pula Buat Kemunculan Di Terengganu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



First of all, admin nak ingatkan korang jangan nak percaya benda-benda khurafat dan syirik lepas baca artikel ini.

Korang ingat tak sejak dua menjak ini negara digemparkan dengan kisah kemunculan ‘Ikan Paus’ dan ‘Pak Belang’ di negeri Terengganu, sehinggakan negeri yang terkenal dengan keropok losong tu jadi tumpuan rakyat Malaysia.

Terbaru, tiga ekor beruang pula buat kemunculan di negeri tersebut.

Memetik bernama, beruang yang dipercayai dari spesis Beruang Matahari tersebut dilihat berkeliaran di sekitar kawasan Felda Belara sejak dua minggu lepas.

Malah difahamkan haiwan tersebut turut menceroboh kawasan kebun dan penempatan masyrakakat hingga penduduk tempatan terpaksa dapatkan bantuan Perhilitan Terengganu.

Bertindak daripada aduan penduduk kampung, Perhilitan Terengganu memasang beberapa perangkap di beberapa lokasi sehingga tertangkapnya seekor Beruang Matahari kira-kira 9.30 malam tadi.

Mustaffa Tahir, 76 tahun yang menemui beruang terbabit berkata dia perasan yang beruang tersebut masuk dalam perangkap selepas mendengar bunyi bising di belakang rumahnya.

Bagaimanapun dia dan ahli keluarga lain tak berani jenguk keluar lebih-lebih lagi kawasan belakang rumahnya sangat gelap dan bercuram.

“Bunyi goncangan perangkap dan dengusan yang kuat membuatkan kami tidak berani turun ke bawah (belakang rumah) kerana bimbang beruang akan bertindak lebih agresif.

“Jadi awal-awal pagi tadi saya serta anak lelaki, Muhammad Yusri, 30-an, turun ke bawah untuk memeriksa perangkap dan lihat seekor beruang besar hitam sedang tidur di dalamnya,”

Sumber: Bernama

Katanya dia rugi lebih RM12,000 selepas sarang kelulut dan enam batang pokok kelapa dimusnahkan haiwan tersebut.

Sebelum ini, sepasang Paus Orca atau Killer Whale muncul buat pertama kali di perairan Terengganu berhampiran Pelantar Dulang Petronas di perairan Kerteh pada 16 Julai manakala pada 18 Julai, muncul ‘pak belang’ di Dungun.

 

Baca : Ni petanda apa ni?”  Dua Fenomena Luar Biasa Berlaku Di Terengganu, Sepasang ‘Paus Pembunuh’  Harimau Datang ‘Melawat’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.