Sakitnya hati baca cerita ni!
Seorang budak 11 yang berasal dari Thailand telah dipaksa untuk jadi pelacur oleh kakak iparnya sendiri lepas dia paksa budak ni ambil dadah!
Menurut Nokgrajok, budak perempuan itu, Nong B telah diugut oleh kakak iparnya untuk melakukan perkara ini dan dia tak dibenarkan untuk berkawan dengan adik lelakinya.
Bukan tu je, kakak ipar Nong B ini juga telah menakutkan budak ini dengan mengugut dia akan dicederakan sekiranya budak ni tak nak ikut cakapnya. Kekejaman wanita ini terbongkar bila satu hari, Nong B pulang ke rumah dengan lebam pada badannya.
Nong B kemudian mendedahkan pada ibunya yang dia telah diseksa oleh kakak iparnya dan dipaksa untuk mengambil dadah dan membuat hubungan seks dengan beberapa lelaki dua kali lebih tua dari usianya.
Selepas dia habis memuaskan nafsu lelaki-lelaki itu, dia akan dibayar sebanyak 500 Bhat (RM68) manakala kakak iparnya akan mendapat bayaran sebanyak 1,500 bhat (RM206).
Ekoran dari itu, laporan polis telah dibuat dan kini, Nong B telah dimasukkan ke hospital kerana mengidap sifilis tahap 3 akibat dari pelacuran paksa ini.
Budak malang ini juga sedang menjalani ujian HIV untuk menentukan jika dia perlukan rawatan tambahan dari hospital.
Harapnya, pihak polis dapat tangkap kakak ipar budak ni, dan semua lelaki yang terlibat.
Baca: ”Pelacur cilik” – Budak 10 tahun ’Payung’ Anggota Tubuh Untuk Raih Mata di Bigo Live