in

“Apa dosa kami?” – Wawancara 2 Kanak-Kanak Palestin Cetus Sebak, Kongsi Keperitan Hidup Tanpa Ayah

Ft Kanak Kanak Palestin

Konflik antara Hamas dan Israel yang masih belum ada tanda-tanda akan reda terus menyaksikan krisis kemanusiaan dengan korban akibat peperangan itu terus meningkat sejak 7 Oktober 2023.

Menurut Lazzarini, bekalan air dan elektrik di Gaza semakin terhad selain penduduk menghadapi kekurangan makanan dan ubat yang serius.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dipercayai merupakan wawancara 2 orang kanak-kanak perempuan di Gaza yang berkongsi keperitan dan kesusahan hidup mereka setelah kehilangan ayah mereka yang telah mati syahid.

Screenshot 2023 10 16 114512 HorzPerkongsian Video tersebut telah mengundang sebak ramai yang seakan-akan memahami kepayahan yang dialami dua kanak-kanak tersebut setelah kehilangan bapa mereka yang sebelum ini menyediakan kehidupan yang selesa untuk mereka.

“Pakcik percaya tak, setiap malam kami tidur dalam keadaan sejuk dan lapar.”

Tambahnya, mereka bergantung kepada bekalan kayu api yang biasanya akan dicari dan disediakan oleh bapa mereka ketika hayatnya dan dia akan memastikan anak-anaknya tidak kesejukan dan sentiasa hangat ketika malam.

Artikel berkaitan : “Tiada air, elektrik” – Doktor Warga Malaysia Kongsi Situasi Di Gaza

Artikel berkaitan : ‘Frontliner’ Gaza Menangis Selepas Mendapat Khabar Anggota Yang Lain Syahid

Pun begitu, menurutnya lagi kehidupan mereka sangat sukar setelah bapanya syahid sedangkan mereka masih terpaksa meneruskan kehidupan dan menempuh kesukaran.

Menerusi video berkenaan, air mata kanak-kanak itu bercucuran jatuh sehingga mempersoalkan nasib mereka sehingga terpaksa kesejukan dan apa yang membuatkan ramai sebak adalah kanak-kanak itu juga bertanya sama ada mereka yang masih mempunyai ayah hidup (susah) seperti mereka.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak tersebut sempat juga bertanya kepada perakam sama ada anaknya pernah tidur dalam keadaan lapar dan sejuk seperti mereka walaupun sekali.

Tambahnya lagi, mereka berharap agar bapa mereka dapat membawa mereka bersama ke syurga.

Video yang telah mendapat lebih 240 ribu tontonan tersebut di X tersebut mengundang sebak ramai dan menerusi ruangan komen, rata-rata bersimpati dan tidak kurang juga yang mendoakan kanak-kanak tersebut agar tabah dalam menghadapi ujian yang sedang melanda.

Sumber : X

Sumber: Twitter