Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata jika dia dilantik sebagai Perdana Menteri kelak, dia tidak akan mengambil gajinya sebagai tanda solidariti kepada rakyat Malaysia yang bergelut dengan kenaikan harga barang.
Sambung bekas Menteri Kewangan itu, rakyat Malaysia sudah muak dengan menteri yang menjalani gaya hidup mewah di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kewangan. Selain itu, rakyat juga terkesan dengan kenaikan harga barang dan ekonomi yang tidak menentu.
Kenyataan ini dikeluarkan Anwar ketika sedang memberi ceramah kempen di Kalabakan, Sabah.
“Saya akan malu untuk mengambil gaji perdana menteri sedangkan rakyat menderita dengan kenaikan harga barang.
“Dalam Islam, kuasa adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan,” ujar Anwar dalam satu kenyataan.
Selain itu, Anwar juga berikrar untuk menukar politik Malaysia ke arah yang lebih baik jika Pakatan Harapan menjadi kerajaan persekutuan. Sambung Anwar, ini kerana tidak akan ada lagi kabinet yang mempunyai ramai menteri dan timbalan menteri seperti kerajaan terdahulu.
Kredit: MalaysiaKini
BACA: [VIDEO] Gelagat Anwar Ibrahim ‘Curi’ Keropok Pelanggan Dapat Perhatian Netizen