in

“Anwar ibarat jual maruah negara” – Muhyiddin Sifatkan Barisan Kabinet Terkini Paling Mengecewakan Dalam Sejarah Negara

Muhyiddin Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan nama jemaah menteri yang baharu bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan. 28 menteri yang bakal mengemudi negara itu membabitkan ahli daripada pelbagai kaum dan parti politik termasuklah PKR, UMNO, DAP, Amanah, GPS, GRS dan sebagainya.

Meskipun ringkas, tidak mengejutkan apabila pengumuman terbabit telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong dan ada juga yang membangkang.


1836888

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah tampil memberikan komen beliau mengenai barisan kabinet baru yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Menurut beliau, tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu dikatakan telah menggadai prinsip tatakelola yang baik seperti yang dijaja semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU).

Bukan itu sahaja, beliau juga menyifatkan barisan kabinet terbaru ini sebagai paling mengecewakan dalam sejarah negara.

81669997887 Freesize

“Ini adalah barisan kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tindakan Anwar ibarat menjual maruah negara semata-mata kerana keinginannya menjadi Perdana Menteri.”

Setakat artikel ini ditulis, kenyataan yang dikongsikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ketua pembangkang itu sudah menerima sekitar 15 ribu tanda suka.

Korang boleh baca kenyataan penuh beliau kat bawah ni:

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/pfbid02wfY8L56fw6U7zHjkWWayYw8BV4mqwsJQZQAjdtcxcQSUiJULJ5s46qkXG1rM51Tvl

 

Sumber: FB Muhyiddin Yassin

Baca: [TERKINI] PM Umum Senarai Barisan Kabinet Baharu Malaysia

Kabinet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.