Aduhai kesiannya! Malang menimpa seorang lelaki OKU dari Taiping ini apabila alat sulitnya tersangkut pada hujung botol minuman ketika cuba membuang air kecil.
Menurut Coconuts, kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu terjadi apabila isteri kepada lelaki tersebut cuba membantu suaminya yang mempunyai kesukaran untuk bergerak membuang air kecil. Sebuah botol minuman sebesar 500ml telah digunakan untuk memudahkan proses tersebut.
Walau bagaimanapun, niat murninya berubah menjadi situasi cemas apabila ‘anu’ lelaki tersebut secara tiba-tiba tersangkut pada hujung botol berkenaan. Alamak!
Mangsa kemudian digegaskan ke Hospital Taiping pada jam 10.30 pagi untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pihak hospital kemudian menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 11.27 pagi untuk mengeluarkan alat sulit lelaki berkenaan dari terus tersangkut.
Sebaik sahaja tiba, anggota bomba bertindak dengan memotong bahagian botol tersebut menggunakan peralatan khas sehingga ‘anu’ lelaki berusia 29 tahun itu berjaya dikeluarkan selepas 14 jam menanggung kesakitan. Lega…
Menurut pihak bomba, mereka hanya mengambil masa kurang dari 30 minit untuk mengeluarkan botol tersebut dan operasi ini selesai kira-kira jam 12 tengah hari.
Nasib baiklah berjaya dikeluarkan. Kalau tak, tahulah apa nak jadi…
Baca: Kemaluan Warga Emas Tersepit Di Kerusi Ketika Duduk Untuk Bersihkan Diri Dalam Bilik Air