Mana pencinta haiwan? Haiwan apa yang pernah korang bela? Pasti korang semua akan marah bila dapat tahu haiwan-haiwan ini dizalimi. Dah macam-macam berita kita tengok, ada yang sanggup bagi makan racun dekat kucing dan anjing yang berkeliaran di kawasan taman perumahan sampai mati, ada yang berani pukul sehingga tercedera. Tempang kaki, buta mata sebelah. Yang tengah bunting pun nak pukul lagi ke? Sifat keperimanusiaan tu dah buang dekat mana? Saja tanya.
Ini ada satu lagi penganiayaan terhadap haiwan. Video yang dirakam dan dikongsi oleh @haaaanishak di akaun Twitter miliknya menunjukkan dua ekor anjing kelaparan yang dikurung di sebuah rumah kosong.
Apa punya manusia pindah rumah, tinggal anjing kelaparan entah berapa lama. Kesian dia lapar pic.twitter.com/MnyweL1VqM
— sᴉuɐH (@haaaanishak) May 17, 2019
Jiran prihatin
Kalau dah menganggu ketenteraman awam tu yang tak peduli pun akan amik peduli. Tambah lagi yang ada rasa kesian dekat binatang, mesti lagi terkesan.
Wah, sangat prihatin sampai call dan hantar email kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Semoga ada balasan dan tindakan dilakukan.
Katanya lagi, menurut jiran, tuan rumah sudah berpindah tapi anjing ditinggalkan. Kenapalah kejam sangat? Kita yang beberapa jam ni pun tak tahan terus geledah peti sejuk cari makanan, inikan pula anjing yang kena kurung sebegini berhari-hari.
Bukan itu saja, siap belikan makanan dan beri anjing-anjing ni makan pada malam hari. Berani betul walaupun anjing tersebut garang, gigih ikatkan bekas makanan dekat pagar. Salute!
Mestilah jiran-jiran pun akan marah kalau diganggu siang malam dengan bunyi bising dan bau busuk. Kalau dah tahu pindah rumah, angkutlah sekali.
Itulah, korang yang bela kucing mesti ada yang sampai rasa macam part of family dah. Rasa sayang sangat. Nak tinggalkan kejap pun rasa bersalah takut lapar ke haus ke. Bela haiwan ni bukan macam bela patung. Senang-senang dibiarkan. Yang ada rasa komited dan prihatin je yang boleh bela.
So korang kalau ada ternampak haiwan-haiwan dizalimi, dipukul atau dikurung. Jangan lupa laporkan kepada pihak penguatkuasa veterinar. Boleh simpan gambar di atas, senang nak sms atau email aduan.
Kena ingat jugak korang yang bela haiwan peliharaan tu, jaga elok-elok jangan biarkan diorang berkeliaran kacau sampai ke rumah orang lain atau di jalan. Nanti terpecah pulak pasu jiran sebelah, semua pokok-pokok rosak, habis kena menjawab.