in

Anjing Peliharaan Penghuni Apartment Didakwa Serang Individu Sampai Cedera, Undang Kemarahan Ramai

Ft Anjing Peliharaan Seorang Orang Dalam Lift 1

Kebiasaannya bagi mereka yang menetap di residensi bertaraf strata, peraturan akan lebih ketat sedikit berbanding dengan rumah di atas tanah. Ini kerana jiran tetangga pasti akan mudah terganggu jika berlaku kekecohan atau sebarang aktiviti kerana ruang yang terhad.

Bahkan, memiliki haiwan peliharaan juga boleh membuatkan ketenteraman terganggu yang mungkin membahayakan jiran seperti dalam satu kejadian yang tular baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Wanita Berang Anjing Peliharaan Tak Dibenar Bawa Masuk, Netizen Puji Cara Staf Kawal Situasi

Artikel berkaitan : [VIDEO] Penduduk Bengang Jiran Tingkat Bawah Masak Di Beranda Apartment Sampai Lantai Rumah Berminyak

Video berdurasi 13 saat yang tular di Facebook ini, memperlihatkan seorang individu mahu keluar daripada lif dan berselisih dengan jiran lain yang membawa seekor anjing yang kelihatan agak agresif.

Biarpun lelaki yang membawa anjing tersebut cuba beralih, dilihat anjing tersebut sempat menyerang lelaki berbaju oren itu dan lelaki tersebut alami kecederaan yang teruk akibat serangan itu.

“Itu yang kita marah bila sesetengah penduduk bela anjing dalam kediaman dan bawa anjing ronda dalam kawasan perumahan.”

Orang Kena Gigit

Boleh tengok video di sini.

Biarpun waktu dan lokasi kejadian masih belum dikenal pasti, ia telah membuatkan ramai netizen meluahkan rasa geram mereka kerana sikap tidak bertanggungjawab penduduk dan hanya ambil perkara ini sambil lewa.

Screenshot 2024 04 26 123445 Screenshot 2024 04 26 123504 Screenshot 2024 04 26 123526 Screenshot 2024 04 26 123546 Screenshot 2024 04 26 123611 Screenshot 2024 04 26 123636 Screenshot 2024 04 26 123826

Ada yang mengatakan kejadian ini mungkin terjadi di India kerana baju yang dipakai oleh lelaki tersebut, namun belum ada kepastian mengenai hal itu.

Apapun insiden yang berlaku ini harap dapat dijadikan pengajaran buat mereka yang tinggal di kawasan perumahan strata yang ada haiwan peliharaan. Boleh bela haiwan tapi pastikan korang jaga keselamatan dan kesejahteraan orang sekeliling. 

Sumber : X, Facebook