in

Anjing Peliharaan Dipuji, Terima Parcel Bagi Pihak Tuan Ketika Tiada Orang Di Rumah

F3 Anjing Terima Parcel Bagi Pihak Tuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu masalah yang sering menghantui peminat online shopping ialah apabila barang atau parcel dihantar ketika kita tiada di rumah sebab takut barang hilang atau dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Namun, wanita di Filipina ini pula mempunyai kisah comel apabila barang yang dibelinya secara dalam talian telah diterima oleh anjing peliharaannya.


Wanita yang dikenali sebagai Meg Gabest itu berkongsi kisah tersebut menerusi Facebook dan ia telah mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya memuji anjingnya itu.

6

Menurut wanita itu, dia selalu tiada di rumah pada waktu tengah hari kerana keluar bekerja dan teman lelakinya yang tinggal bersama pula selalu akan berada di tingkat dua kediaman mereka kerana dia bekerja dari rumah.

Anjingnya yang dinamakan Marveigh pula berada di tingkat bawah kediaman, jadi haiwan tersebut telah disuruh oleh teman lelaki Meg untuk menerima bungkusan yang dihantar oleh penghantar barang

Artikel Berkaitan: Comel! Gelagat Anjing Dibawa Naik Motor Makan Angin Dengan Tuan Buat Ramai Cair

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aksi Anjing Merajuk Sampai Abang Bomba Kena Pujuk Buat Netizen Terhibur

Pada mulanya, Meg tidak mengetahui siapa yang terima bungkusannya itu namun apabila dia memeriksa aplikasi Lazada untuk tengok gambar bukti penghantaran, barulah dia tahu yang anjingnya itu yang menerima parcel tersebut kerana penghantar barang telah meninggalkan bungkusan itu dalam jagaan anjing itu.

Menurut Meg juga, anjingnya itu gemar menggigit barang namun nasib baik ketika bungkusan barang itu dihantar, dia dapat mengawal diri dari mengigit barangan terbabit.

Betul la orang kata, anjing ni memang haiwan yang bijak kan. 

Sumber: Facebook Meg Gabest, Syok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.