Musim-musim panas ni memang kita kena berhati-hati kerana selalu sangat kita dengar kes-kes ular masuk rumah. Mungkin nak cari tempat berteduh kot.
Perkara yang tak diingini ini dah terjadi pun dekat satu keluarga dari Kampung Gangsa, Durian Tunggal, Melaka ini, si ibu tergamam apabila mendapati ada seekor ular sawa seberat 6 kilogram melingkar di bahu anak perempuannya yang sedang tidur.
Ada betul-betul kat sebelah bahu
Si ibu, Nurul Fatehah Amran, 24 menjelaskan bahawa detik cemas itu berlaku kira-kira pukul 9 malam beberapa hari lepas, waktu itu Fatehah nak tukar baju anak perempuannya.
“Anak saya tidur kira-kira pukul 7.15 malam dan kira-kira dua jam kemudiannya saya masuk ke bilik kerana ingin menukar baju dipakainya, tiba-tiba saya ternampak ada satu benda berkilat bercorak batik di bahunya.”
Katanya lagi menerusi Kosmo Online, masa dia nak angat anaknya, ‘benda’ itu tiba-tiba bergerak.
“Dalam keadaan menggigil saya terus angkat anak saya dan berlari keluar memanggil suami dan abang memberitahu ada ular di atas katil,”
Katanya, dia yang bimbang dengan keadaan anaknya terus memeriksa tubuh badan kanak-kanak tersebut.
“Alhamdulillah anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang saya kemudian telah menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi menangkap ular tersebut yang mungkin datang dari kawasan semak tidak jauh dari rumah kami,”
Disebabkan itu, Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD), Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.40 malam.
“Sepasukan 4 anggota telah dikejarkan lokasi untuk operasi kes menangkap ular (KMU) dan setiba di tempat kejadian, kita dapati ular sawa tersebut masih berada di bawah bantal.
Katanya lagi, pasukan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menangkap ular seberat panjang 1 meter itu sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan perumahan.
Baca : Mungkin Ramai Tak Pernah Tengok, Ini Rupanya Cara Ular Sawa Panjat Pokok