Bila bercakap tentang kisah seram, mungkin ada antara kita yang pernah berhadapan dengan situasi diganggu oleh makhluk halus.
Kisah yang dikongsikan oleh @muiznazmii di TikTok, menceritakan pengalaman seram ‘diganggu’ sekitar jam 2 pagi.
Buang tulang nak bagi dekat kucing tapi..
Ceritanya, ketika itu isterinya sedang mengandung anak pertama jadi Muiz selalu berada di samping si isteri dan mereka kerap menonton filem seram di ruang tamu sehingga lewat malam.
Artikel berkaitan: Lelaki Kongsi Cerita’Seram’ Pergi Open House Rumah Teman Wanita, Rupanya Ada Plot Twist..
Artikel berkaitan: “Rambut pontianak penuh kereta” – TikToker Kongsi Kisah Seram Lalu Highway WCE Ketika Balik Dari Raya
Habis sahaja filem, isterinya pergi ke dapur untuk membasuh bekas makanan dan mengemas sebelum masuk tidur.
Kitorang ada makan dan ada tulang ayam.. waktu makan tu tengok movie, so takkan waktu tu kitorang pergi basuh pinggan semua.. jadi habiskan dulu movie semua.
Isteri aku pergi dapur nak cuci.. ada sisa tulang dan letak dekat tepi dulu. Dah siap cuci pinggan, dia nak buang tulang tu dekat belakang rumah.
Melihat perbuatan itu, Muiz berasa tidak sedap hati kerana sudah lewat malam, jadi dia telah menegur isterinya dengan nada kiasan.
Aku cakap macam ‘Esok pagilah baru buang’.. tapi isteri aku dia tak faham lepas tu dia buka pintu belakang dan campak tulang tu. Muka aku macam benganglah.
‘Pukul 2 pagi bagi makan tulang dekat belakang rumah. Betul ke kucing yang makan?’
@muiznazmii Pengalaman buruk bagi kucing makan tulang pukul 2 pagi.
Seram.. ada angin kuat berlalu..
Isteri Muiz yang pada awalnya berniat mahu memberi kucing di belakang rumah makan, terus berasa cuak.
Aku dengan isteri perasan tau, ada angin kuat berlalu dekat kitorang. Ingatkan aku sorang perasan, tapi isteri aku terus tengok aku sebab memang kuat. Memang tak cakap banyak, tutup pintu semua naik atas tidur.
Keesokan harinya, isteri Muiz meminta maaf atas perbuatannya malam tadi dan mengakui sebelum ini ada membuang sisa makanan pada waktu malam.
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman seram mereka yang lebih kurang sama dengan cerita Muiz.
Fuh seram min dengar!
Sumber: TikTok