in

Anggota Polis Tampar Penunggang Motosikal Di Stesen Minyak Kini Disiasat PDRM

polis tampar penunggang motosikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai telah ditampar oleh seorang anggota polis di stesen minyak dekat Taman Perling, Johor Bahru.

Dalam video yang berdurasi 32 saat itu, dipaparkan sebuah motosikal dinaiki oleh seorang lelaki bersama seorang wanita dihampiri oleh sebuah motosikal lain dari arah tepi.


Kemudian tiba-tiba datang seorang lelaki yang memakai topi keledar telah menampar muka penunggang motosikal itu, sebelum mengeluarkan dompet dari kocek seluarnya memaparkan kemungkinan kad kuasa anggota polis berkenaan.

Kedua-duanya kemudian dilihat beredar dari stesen minyak berkenaan sebelum video berakhir.

Artikel berkaitan: Lagi Kes Tampar, Polis Siasat Insiden Lelaki Dipuk*l Di Kepala Di Persimpangan Lampu Isyarat

Artikel berkaitan: Polis Sahkan Video Warden Pukul Pelajar Tahfiz Berlaku Di Kulim, Kedah

PDRM buka kertas siasatan 

Susulan itu, pihak polis telah membuka siasatan dalaman berhubung video berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira jam 6.50 petang, Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, hasil siasatan mendapati individu yang terlibat telah dikenal pasti sebagai anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Anggota itu menurutnya berada dalam keadaan bercuti ketika kejadian berlaku.

3399316

Katanya lagi, setakat ini pihak polis belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut, namun mangsa telah dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan individu berkenaan bagi membantu siasatan.

Pihak polis memandang serius sebarang dakwaan kesalahan atau salah laku melibatkan pegawai dan anggota polis.

“Susulan itu, satu siasatan dalaman telah dibuka dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati wujud pelanggaran undang-undang, peraturan atau tatakelakuan yang ditetapkan,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.