Setiap pemimpin pastinya mahukan rakyat di negara mereka mengambil suntikan vaksin Covid-19 tersedia agar dapat mencapati komuniti kelompok secepat mungkin. Pelbagai cara dan inisiatif dilakukan bagi meyakinkan penduduk tentang kebaikan vaksin agar mereka menerimanya.
Namun, Presiden Filipina Rodrigo Duterte dikritik baru-baru ini kerana mengambil pendekatan tegas untuk memastikan rakyatnya mengambil suntikan vaksin dan supaya memastikan program vaksinasi Covid-19 di negara itu bergerak pantas.
Menurut SCMP, rakyat Filipina yang enggan mengambil vaksin Covid-19 berdepan hukuman penjara selepas Duterte memberi amaran kepada mereka,
Anda pilih, vaksin atau saya akan penjarakan anda.”
Duterte berkata begitu ketika berucap di televisyen semalam susulan laporan jumlah kehadiran rendah di beberapa pusat vaksinasi di Manila. Ucapannya itu bagaimanapun bertentangan dengan pegawai kesihatannya yang menyatakan meskipun rakyat digesa mendapatkan vaksin Covid-19, namun ia adalah secara sukarela.
Duterte kemudian berkata,
Jangan salah faham, terdapat krisis dalam negara ini. Saya hanya terganggu dengan rakyat Filipina yang tidak mengendahkan arahan kerajaan.”
Disebabkan memberi kenyataan tersebut, Duterte dikritik kerana mengugut rakyatnya sebegitu dalam mengawal Covid-19. Bagaimanapun, dia masih kekal dengan keputusan agar sekolah tidak dibenarkan dibuka.
Menurut Reuters, Filipina yang mempunyai populasi 110 juta itu menjadi salah satu negara di Asia yang terjejas teruk akibat pandemik ini dengan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kes kematian.
Difahamkan setakat 20 Jun lepas, pihak berkuasa negara itu telah berjaya memberikan suntikan vaksin kepada 2.1 juta orang namun angka itu dilihat agak rendah jika Filipina mahu mencapai sasaran kerajaan iaitu 70 juta orang divaksin tahun ini.
Baca: Bekalan Vaksin Covid-19 Lambat Sampai Malaysia Sebab Negara Maju Dah Bolot Lebih Awal – KJ