in

Anak Terpaksa Tipu Ibu Strok, Kata Ayah Yang Dah Meninggal Dunia 5 Hari Pergi ‘Berehat’

Ft Ibu Ayah Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah yang dikatakan ‘cinta sehidup semati’ apabila ibu kepada Laila Hashim meningga ldunia 10 hari selepas pemergian bapanya pada 11 Ogos lalu.

Bagaimanapun, sebagai anak ia adalah satu perpisahan yang paling perit apabila melihat kedua ibu bapanya telah dijemput ilahi sesingkat itu.


Menerusi mStar Online, wanita berusia 35 tahun itu tidak dapat nafikan rasa rindu yang tiada penghujung kepada kedua ibu bapanya.

Dalam pada itu, rakaman video yang tular pada Ogos lalu itu turut membuatkan netizen rasa sebak. Rasa hiba makin bertambah apabila mengetahui kisah mereka pada detik-detik akhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

 

Ibu kena strok tercari-cari bapa, anak terpaksa bohong kerana bimbang kesihatan makin terjejas

Screenshot 2022 09 12 170706

Laila dan 11 lagi adik beradiknya menceritakan bahawa arwah ibunya tidak tahu langsung yang suami tercintanya sudah tiada sebelum meninggal dunia.

Sumber mStar Online menceritakan bahawa mereka terpaksa berbohong dan merahsiakan berita sedih ini kerana bimbang eksihatan ibunya makin terjejas.

“Mak saya dah lama terlantar akibat penyakit strok..kira-kira 5 tahun. Keadaan itu menyebabkan dia kengalami dementia (nyanyuk).”

Walaubagaimanapun, Laila mengatakan dalam keadaan demikian, ibunya sering menyebut ‘abah’ mahupun ‘Tam'(panggilan nama ayah mereka).

“Itulah perkataan yang bermain di bibir mak setiap masa dan kadang kala dia ada juga memanggil nama anak-anak.”

 

Dijangkiti Covid-19

Screenshot 2022 09 12 170731

Laila yang merupakan anak kelahiran Johor itu mengatakan bahawa kesihatan ibunya jadi semakin merosot selepas disahkan positif Covid-19.

Ibunya ditahan di wad bagi pemantauan doktor kerana berisiko tinggi. Selepas ibunya, bapanya pula turut terkena jangkitan itu sehinggakan dimasukkan ke hospital.

Amat menyedihkan bagi mereka adik beradik kerana ayah mereka dilaporkan kritikal sehingga perlu ditidurkan.

“Doktor minta abang ajarkan ayah mengucap sebelum dia ditidurkan, pada masa tu memang tak tahu nak ucap macam mana kesedihan yang dirasai.”

“Selepas kira-kira 2 hari dirawat dalam intubasi, abah disahkan meninggal dunia dan segala urusan pengebumian hanya dilakukan pihak hospital kerana abah dijangkiti wabak.”

Ibunya pula masih dalam pemantauan doktor di hospital ketika itu dan dia dibenarkan keluar selepas 3 hari ayahnya tiada.

“Mak masih dalam pemantauan doktor di hospital ketika itu dan dia dibenarkan keluar selepas 3 hari abah pergi.”

Katanya, disebabkan ibunya tidak dapat melihat kelibat suaminya itu, ibunya sering memanggil dan menyebut nama cinta hatinya itu.

 

Tak pernah berjauhan

@cikpuanlaila

Al-Fatihah untuk mak dan abah.. sekelip mata Allah ambil dua-dua sekali.. bukan tak redha.. tapi rindu..😭#rinduyangtiadaberpenghujung #alfatihah #fyp

♬ TERLALU INDAH – Nangadi

Laila menceritakan bahawa sepanjang mereka masih hidup dan ibunya hidap strok, bapanya tak pernah jauh daripada ibu. Malah, ayahnya sendiri yang suap sarapan pagi, usia mereka dah menjangkau 78 tahun.

“Kami adik beradik hanya bantu uruskan mak sahaja sebab abah dah tua dan kudratnya tidak kuat. Abah sentiasa berada di sisi mak dan hanya tinggal seketika ketika dia keluar ke masjid untuk solat, sebab itu mak bila celik mata akan memanggil nama abah dan dia hanya mahukan abah sahaja.”

Disebabkan itu lah anak-anak sebulat suara tidak menceritakan khabar pemergian ayah kepada ibu kerana tak sampai hati, apatah lagi keadaan makin teruk selepas dijangkiti Covid-19.

“Kadang-kadang mak tak tidur sehingga pukul 4 pagi kerana mahu melihat abah. Setiap kali diajukan soalan tentang abah, saya atau abang dan kakak akan cakap yang abah sedang berehat di depan.”

“Tapi mak akan ulang bertanya sebab dia tak boleh tengok abah. Memang sedih tapi kami semua terpaksa demi kesihatan mak.”

Tanpa diduga, selepas 10 hari pemergian ayah, ibunya pula ‘menyusul’. Mengimbau kembali kenangan kedua-dua arwah ibu bapanya, Laila mengatakan bahawa mereka bukan lah pasangan romantik tetapi sentiasa ada bersama.

Malah Laila juga mengatakan bahawa ikatan cinta mereka ini lebih 60 tahun dan tak boleh berpisah antara satu sama lain.

Baca : “Anak soleh” – Setia Jaga Ibu Sakit, Lelaki Meninggal Dunia Sebelah Katil Ibu

Setia Jaga Ibu Sakit Lelaki Meninggal Dunia Sebelah Katil Ibu

Sumber: mStar Online
Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.