in

Anak Pemilik Restoran Maut, Dibunuh Kerana Dendam

Pemilik Restoran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lagi individu yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan telah meninggal dunia apabila mayatnya ditemui di kawasan semak berdekatan sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang, Sandakan Sabah pada Khamis lalu.

Turut ditemui ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbakar di kawasan kejadian.


5 1

Mangsa, Naudal Abdul Rashid, 35 tahun yang juga merupakan anak seorang pemilik restoran dipercayai dibunuh kerana dendam, lapor Berita Harian.

Pihak polis bagaimanapun telah mengenal pasti suspek yang dipercayai terbabit dalam kes ini.

Artikel berkaitan: Kes Nur Farah Kartini: Polis Rakam Percakapan Seorang Pekerja Kebun Ubi

Artikel berkaitan: “Kad sim dianalisis” – Kes Pembunuhan Nur Farah: Pihak Polis Turut Jalankan Proses Analisis Pada Kereta Suspek

Terdahulu, seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan susulan penemuan mayat dan dari situlah, suspek kes ini dikenal pasti.

Tiga orang lelaki sedang dikesan untuk membantu siasatan kes ini dan tiga lelaki tersebut ialah dua orang warga tempatan, Mohamad Zulfaizzie Mohd Firdaus dan seorang lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Komeng.

6 3

Seorang lagi lelaki merupakan warga Indonesia, Mohd Jasmin Ruslan atau lebih dikenali sebagai Ahcok pula ialah suspek utama kes ini. Kesemua mereka berusia awal 20-an.

Manakala wanita yang ditahan pula ialah bekas isteri kepada salah seorang suspek yang masih dicari oleh pihak polis.

Menurut Superintendan K Ramasamy iaitu pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, difahamkan, mangsa telah berkenalan dengan seorang wanita yang merupakan adik kepada Ahcok.

Pihak polis percaya bahawa perselisihan faham dan dendam merupakan motif utama kes pembunuhan ini.

Meskipun kenderaan pacuan empat roda itu ditemui dalam keadaan terbakar, namun tiada sebarang kesan terbakar ditemui pada badan mangsa ketika pemeriksaan awal dan senjata untuk membunuh mangsa juga tidak ditemui lagi setakat ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.