in

Anak Pemilik Restoran Dedah TikToker Offer Nak Review Makanan, Tapi Minta Bayar RM 1,500

Ft Tiktoker Minta Buat Review Siap Poww Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang anak kepada pemilik restoran menzahirkan rasa kesal terhadap sikap murahan segelintir TikTok famous yang cuba ambil kesempatan terhadap ayahnya.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Alin, TikToker tersebut menawarkan dirinya kepada bapa Alin untuk membuat review makanan di kedai ayahnya, dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang TikTok famous yang mempunyai 100K pengikut.


 

Tawar diri nak buat review, minta duit RM1,500

Dalam satu video yang telah meraih 712K jumlah tontonan dalam masa 18 jam itu, Alin menjelaskan bahawa dia sendiri yang menawarkan untuk membuat review tersebut dengan rela hati, sebagai pemilik restoran, pastinya ayah dia membenarkannya untuk melakukan perkara sedemikian.

“Dia kata tapi pakcik kena bayar RM 1800, ayah saya tanya kenapa perlu bayar? Dia kata untuk dia viralkan, lepastu dia kata jangan risau, saya boleh kurangkan bagi RM1500 untuk saya viralkan di TikTok. Ayah saya memang dah tua tau, korang jangan lah menipu orang tua macam ni.”

@alinkiwi

#fyp #reviewkedaimakan cukup2 la org dh tua, cari rezeki. jgnla menyusahkan pakcik2 dgn benda2 minta duit cmni.

♬ original sound – Alinkiwi – Alinkiwi

Alin menjelaskan ayahnya sudah lebih 20 tahun berniaga dan sepanjang tempoh itu memang ada orang akan menawarkan diri untuk membuat review, tetapi mereka tidak menuntut sebarang bayaran.

Dalam pada itu, wanita ini turut mempersoalkan TikTokers tersebut, katanya seandainya dia benar-benar popular biasanya, pihak restoran yang akan cari dirinya.

Dalam video selanjutnya, Alin menunjukkan bukti bahawa ada platform yang lebih popular pernah datang ke kedai makan ayahnya sambil memberikan pujian serta menunjukkan restoran itu tanpa meminta sebarang bayaran.

Antaranya adalah akaun YouTube Food Ranger yang mempunyai lebih 2 juta langganan, artis seperti Altimet kongsikan pengalamannya menikmati makanan di sana serta Syafie Naswip yang menjadi hos untuk sebuah rancangan dan disiarkan di saluran TV.

@alinkiwi

Replying to @Nieza_Official tahu2 ada org review sbb org tag. xtahu diorg nak dtg. kecuali stesen TV sbb ada interview. tqsm review dari hati..

♬ Dj Pak Pong Vong Thailand Style – Sahrul Projectt

Bagaimanapun, Alin enggan mendedahkan nama TikTokers tersebut, namun dia ada tayang satu video cara bagaimana ‘modus operandi’ itu dilakukan  di restoran lain dan ada yang sudah terkena dengan ‘umpan’ dia, namun individu dalam video tersebut bukanlah orang sama di kedai ayahnya itu.

@alinkiwi

Replying to @jamilahazemi sy pinjam video owner (tp bkn die yg terjah kedai ayah sy). sy rasa org copy content mcm ni.. wallahualam.

♬ original sound – Alinkiwi – Alinkiwi

Memandangkan pendedahan ini mendapat perhatian netizen, ramai yang menggesa Alin untuk mendedahkan identiti pelaku tersebut, bagaimanapun Alin berkeras untuk tidak menunjukkannya.

Jelas Alin, tujuan utamanya adalah membangkitkan kesedaran kepada peniaga agar tidak terkena dengan helah golongan seperti ini.

Bahkan, Alin juga menyangkal dakwaan yang mengatakan ia adalah tujuan pemasaran kedai makan tersebut. Ikuti penjelasannya disini….

@alinkiwi

Replying to @Deandra Amanda | ELLANDO

♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

 

Dalam dunia ni, tak ada jalan mudah untuk dapatkan duit selain daripada usaha, tapi bergantung juga pada cara usaha tersebut, kalau tersilap langkah benda yang dijadikan darah daging akan jadi haram. Moga para peniaga dapat peka dengan kes-kes sebegini.

Baca : “Cara tak betul bro” – Buat Video Lempar Duit Untuk Sedekah Ramadan, TikTokers Dikecam Netizen

Lempar Duit Nak Bagi Sedekah Ramadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.