in

“Anak Negro Ke Tu?” – Anda Tidak Akan Percaya Betapa Racist-nya Pelanggan Ini

Edit2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita dibanjiri dengan cerita-cerita tentang peniaga online bersikap biadap dengan pelanggan mereka ketika membalas mesej. Ada yang balas lambat tapi pelanggan pula di marah, ada yang balas dengan cara yang kurang ajar dan tidak mesra pelanggan. Pendek kata, macam-macam perangai ada.

Tapi cerita kali ini lain sedikit. Kenapa? Sebab bukan peniaga yang biadap, tapi pelanggan yang biadap dan racist. Ikuti kisah yang dikongsikan Emma Adelia di laman Facebook beliau:


“Tak dapat customer macam ni pun takpelah”

E

Eh, dah kenapa sampai mention kulit hitam, negro semua ni? Mesti korang tak percaya betapa racist nya pelanggan (tak jadi beli pun akhirnya) Emma ini. Sebab ni lah sebenarnya punca beliau update status macam tu.

“Saya nak tempah daging jeruk”

E1

 

Permulaan conversation yang baik. Dah bagi salam pulak tu. Tapi lepas tu, tiba-tiba…

“African?? Negro ke??”

E2

Pelanggan itu dengan tidak semena-mena mempertikaikan status anak Emma (kenapa nak tahu?)

“Kalau anak negro saya minta maaf saya tak mahu berurusan dengan sis! Suami saya tak izin saya terlibat dengan (orang) yang berkait negro. Anak negro ke tu??”

 

WOW! Percaya atau tidak, ye memang benar pelanggan Emma cakap begini. Ayatnya memang tampak jelas berbaur dan berunsur racism di situ.

Gambar Emma bersama anak kecilnya… Comel kan?!

Baby Baby1

Emma kemudian masih cuba membalas dengan baik dan bertanya jika pelanggannya pernah ada masalah dengan negro sebelum ini.

E3

Selagi boleh memang pelanggan ini tanya banyak kali tentang status anak Emma.

“African?” , “Anak negro ke?” , “Betul ke anak negro?”

Itulah soalan yang sering kali diulang oleh pelanggan tersebut.

“Sis, maaf ya. Saya pun rasa tak boleh nak berjual beli dengan sis. Ya anak saya kacukan Nigeria. Tapi anak saya cantik tau. Tak macam sis dengan husband. Ugly face with ugly heart. Apa kata sis cuba beli dengan orang lain”

Terkilan dan annoyed dengan sikap pelanggannya, Emma membalas dengan menyatakan beliau juga tidak boleh berjual beli dengan pelanggan yang berhati busuk begini.

E4

“Patut diviralkan atas sebab biadap!!”

Pelanggan itu (mungkin) cuba menakutkan Emma dan berkata beliau akan viralkan perbualan mereka atas sebab Emma bersiakap biadap. (EH?)

Sudah terang lagi bersuluh siapa yang biadap sebenarnya, so dengan rileksnya Emma menjawab:

“Dipersilakan dengan segala hormat. Saya takkan mula kalau sis tak mula”

Ternyata tindakan Emma lebih pantas. Status beliau kini viral dan semakin ramai share di Facebook. So sekarang siapa yang malu? Itu lah lain kali berfikir sebelum bercakap ye sis! (Opss)

#anakakunegrokauyangpanas

Jangan ikut sikap pelanggan ni ye guys 🙂

Resting

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.