Sikap segelintir anak muda yang mengejar populariti di media sosial mutakhir ini amat membimbangkan dan berkemungkinan mendorong kepada perilaku serta tindakan ekstrem.
Perkara itu didedahkan oleh Pakar Psikologi, Prof. Mariani Md Nor berkata, jika perkara itu tidak dipantau dan dikawal, ia dikhuatiri boleh mengundang aksi yang membahayakan bukan sahaja kepada individu itu sendiri tetapi juga orang sekeliling.
Ujar beliau yang mengambil contoh kejadian baru-baru ini yang melibatkan kes sebuah kereta peronda polis bantuan dibakar semata-mata untuk mendapat ‘like’ dan perkongsian (share) di media sosial.
Tambah Mariani lagi, tabiat sedemikian perlu diambil berat oleh rakan dan keluarga individu itu kerana orang muda sekarang cenderung untuk bersaing melakukan kandungan atau konten yang melampau.
Sebagai contoh, seorang pereka konten mungkin sanggup terjun dari bukit dan membahayakan dirinya semata-mata untuk mendapat ‘like’ dan ‘share’.
Mengulas kejadian baru-baru ini, yang mana seorang pekerja p-hailing bertindak membakar sebuah kereta polis bantuan dan memuat naik video kejadian itu bagi mendapat perhatian di TikTok.
Menurutnya lagi, anak muda sekarang semakin mengejar rating di media sosial disebabkan oleh tekanan untuk mendapatkan perhatian serta pengiktirafan dalam masyarakat yang semakin terhubung secara digital.
Artikel berkaitan : Tular Lelaki Bakar Kereta Polis Bantuan, Rupanya Buat Untuk Dapatkan Rating Tinggi Di TikTok
Artikel berkaitan : “Gaji RM2.8k beli rumah” – Abang Lawyer Dedah Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Selain itu, pakar psikologi kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad pula berkata, peranan keluarga sangat penting dalam mengekang gejala ini dan dalam masa yang sama mencadangkan pihak kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk menyediakan pendidikan kesedaran digital yang melibatkan isu-isu seperti kesan negatif mencari perhatian di media sosial.
Dalam masa yang sama, pihak yang bertanggungjawab harus menguatkuasakan undang-undang bagi menangani tindakan ekstrem yang dilakukan demi mendapat rating di media sosial.
Sumber : Scoop