Seringkali kita baca kisah gangguan mistik dialami umat Islam. Tapi pernah tak terbayang kalau kita yang kena gangguan tu? (pada yang tak pernah kena la). Ada yang kuat semangat, ada yang tidak. Ada yang menjerit ketakutan, ada yang berdiri tegak tak boleh nak gerak.
Baru-baru ini, Pencari Entiti Crew kongsi kisah salah seorang follower mereka, Puan Cahaya. Difahamkan beliau baru sahaja berpindah ke Sg Chua, Kajang. Baru sebulan berpindah, dah kena ganggu dengan ‘mahkluk’ tu.
Puan Cahaya ada bukti gambar yang diambil oleh pengasuh anaknya. Tengok ni…
Bukan setakat gambar je, menurut beliau ada juga gangguan lain yang membuatkan beliau sekeluarga takut.
“Mainan anak dekat dapur yang dah rosak berbunyi sendiri, siap menyala lampu”
“Anak mengadu selalu nampak orang muka buruk”
“Main mainan anak, tekan-tekan tukar lagu. Saya tak puas hati, ambil mainan tu rupanya mainan tu dah rosak. Saya tekan langsung tak berfungsi”
Takutnya….
Seorang pengguna Facebbok, Muhamad Azrul Rizhan edit gambar yang sama dan send di ruangan komen. Memang nampak jelas seperti lembaga sedang berdiri memerhatikan mereka.
Setakut mana kita rasa, tidak setanding perasaan takut orang yang mengalami. Diharapkan Puan Cahaya dapat bawak ustaz untuk pulihkan keadaan.