in

Anak Kucing Ditemui M*ti Lepas Hilang, Tuan Terkilan Lihat Rakaman CCTV ‘Oyen’ Dis*ret Keluar Dari Pagar Rumah

ft kucing hilang

Hati tuan manalah yang tak terluka apabila melihat ‘anak bulu’ kesayangannya ditemui dalam keadaan yang begitu sadis sekali. Sebagai pencinta kucing, pasti korang akan turut sedih dengan kisah wanita yang dikenali sebagai Jihan ini.

Beberapa hari lepas, Shahjihan dan suaminya tidak sedar akan kehilangan kucing mereka yang diberi nama Jojo, kerana pulang ke rumah sekitar jam 1.30 pagi setelah penat bekerja. Jojo ini menurut Jihan merupakan kucing yang rajin munculkan diri dan paling laju masuk rumah untuk makan.

Artikel berkaitan : ⁠Wanita Lepaskan Ular Peliharaan Sebab Geram Jiran Bela Anjing & Kucing

Artikel berkaitan : Video Wanita Meraung Lihat Kucing Dalam Longkang Undang Pelbagai Reaksi, Dakwa Ia ‘Kerja’ Jiran

Screenshot 2025 05 27 143657

Namun begitu, keesokan paginya kira-kira jam 9.50 pagi, Shahjihan mula rasa tak sedap hati setelah ibu mentuanya bertanyakan mengenai keberadaan Jojo, difahamkan ibu mentuanya mencari Jojo sejak dari waktu Subuh.

“Keluar hidupkan van bawa slow-slow sambil mata mencari dia mungkin dekat rumah jiran ke apa sesat. Balik hantar barang pun pusing satu taman cari dia.”

“Masih tak jumpa. Balik bagitahu dekat suami yang Jojo hilang sebab kita tahu dia bukan jenis merayap. Memang main depan rumah sahaja. Dia bosan lepastu nanti dia masuk ke rumah. Itu je perangai dia.”

Bimbang dengan keadaan Jojo, Shahjihan meminta suaminya untuk semak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mereka amat terkejut apabila melihat rakaman tersebut.

“Ada 3 budak depan rumah. 2 perempuan, 1 lelaki. Video ni panjang sebenarnya sebab 3 kali dia datang.”

“Kali pertama dia datang usha depan rumah ada orang ke takda. Kali kedua dia datang, dia ambil Jojo.”

Amat meruntun hati Shahjihan apabila melihat Jojo diambil dalam keadaan yang dianggap kejam dan kakinya diseret untuk dibawa lari. Difahamkan, mereka ada cuba mengambil seekor lagi kucing peliharaannya, namun cubaan itu gagal.

“Disebabkan yang tu dah besar, dia pandai lari masuk ke dalam rumah, kalau dia tak kenal orang tu.”

Shahjihan pusing kawasan taman untuk mencari Jojo dan bertanyakan kepada jiran jika mereka kenal dengan ketiga-tiga budak dalam rakaman CCTV tersebut.

“Bapa mentua pos dalam group taman, tanya kalau ada sesiapa yang terambil minta pulangkan dan post video CCTV kalau ada yang kenal budak-budak tu.”

Kira-kira jam 2 petang, ada penduduk membalas mesej mengatakan mereka mengenali kesemua budak tersebut. Shahjihan dan suami terus ke rumah budak-budak tersebut untuk mendapatkan Jojo. Namun, Jojo ditemui dalam keadaan yang begitu hiba.

Screenshot 2025 05 27 143110

Menurut Shahjihan, Jojo didakwa mati disiksa, dia diletakkan ke dalam bekas yang bertutup tanpa sebarang udara untuk bernafas dan disebabkan itu, Shahjihan menggesa para ibu bapa untuk memantau perilaku anak-anak mereka.

Katanya, kejadian tersebut berlaku dalam jam 10 malam, ia sekaligus membuatkan Shahjihan tertanya-tanya mengenai keberadaan ketiga-tiga budak tersebut yang merayau di depan rumahnya pada waktu tersebut.

Screenshot 2025 05 27 143844

Shahjihan turut meluahkan rasa berang dan terkilannya terhadap budak-budak tersebut kerana dia menjaga kucingnya dengan rapi tanpa menyusahkan jiran-jiran lain.

Screenshot 2025 05 27 144019

“Dapat jaga awak tak sampai 2 bulan. Semua orang sayang awak sebab perangai awak yang comel tu. Bila kita balik, dia lah kelam kabut, nak masuk rumah.”

Menerusi perkongsian di Thread, Shahjihan telah membuat laporan polis dan dikatakan pelaku ingin berjumpa dengannya untuk berbincang mengenai hal ini.

Sumber : Instagram, Thread