Boleh dikatakan, ramai ibu bapa bersetuju bahawa pentingnya mendisiplinkan anak tetapi tidak bersetuju jika guru mengenakan hukuman fizikal terhadap anak mereka di sekolah.
Sudah menjadi perkara biasa sekarang ini ibu bapa terus berjumpa dengan pengetua sekolah atau guru kelas apabila anaknya mengadu dikenakan hukuman di sekolah.
Namun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian dan akan memberi kuasa sepenuhnya kepada guru untuk mengenakan hukuman kepada anaknya setelah melanggar peraturan sekolah.
Artikel berkaitan: “Rambut panjang tak masuk neraka!” – Bapa Mengamuk Ustaz Gunting Rambut Anak
Artikel berkaitan: “Syurga buat akak” – Ramai Netizen Puji Keikhlasan Guard Sekolah Ini Melayan Murid Autisme
Seorang guru kaunseling, Abdul Muiez berkongsi satu kisah seorang murid yang kantoi melakukan pelbagai kesalahan ketika pemeriksaan mengejut di sekolah.
Menerusi hantarannya di Facebook, murid terbabit bukan sahaja tidak menjaga kekemasan diri, malah turut melakukan kesalahan membawa vape dan telefon pintar ke sekolah.
“Jarang pengetua buat spot check. Tapi bila buat, tangkapan besar punya.
Saya anggap murid ni tak bernasib baik semalam. Dia berjalan, pengetua tegur rambut.“Alang-alang, check beg sekali. Dapat vape, dapat telefon, dapat power bank, dapat tangkap kesalahan rambut. Jackpot,” tulisnya.
“Cikgu rotan saja”
Katanya, guru disiplin kemudiannya menghubungi ibu pelajar itu untuk memaklumkan tetang rampasan yang dibuat dan kesalahan anaknya.
“Maknya kerja bagus. Ayahnya pun kerja bagus. Tapi bila bab anak, maknya serahkan saja kepada sekolah.
“Mak dia kata eloklah cikgu rampas, dia minta cikgu simpan telefon itu. Emaknya juga benarkan anaknya dirotan atas kesalahan bawa vape. Jarang jumpa mak ayah macam ni.”
Ujarnya, kebiasaannya ibu bapa pasti akan segera ke sekolah membawa ‘geng’ apabila anak mereka ditangkap membawa telefon pintar.
“Murid ni budak baik. Dia mengaku kesilapan dia. Lepas kena rotan, dia minta maaf. Salam cikgu cium tangan. Bagus budaknya.
“Tapi mungkin tergelincir sikit. Harapnya hukuman ni akan menarik dia kembali ke landasan,” jelasnya.
Ramai puji sikap ibu pelajar ini
Sikap ibu terbabit yang tidak melenting apabila dihubungi guru tentang kesalahan anaknya meraih pujian orang ramai. Tindakan ibu pelajar itu dilihat berbeza dengan sikap kebanyakan ibu bapa pada hari ini.
Ada yang beranggapan mungkin ibu bapa pelajar itu sudah puas menegur kesalahan anaknya dan hanya menyerahkan sahaja hukuman kepada guru sekolah.
Ya, sokong tindakan ibu ini.
Sumber: Facebook