in

“Anak kami betul-betul sakit” – Isteri Aman Graseka Tolak Dakwaan Reka Cerita Anak Ditidurkan

Untitled design 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular dakwaan yang mengatakan pelakon senior iaitu Aman Graseka mengada-adakan cerita berkenaan anaknya yang sedang sakit dan sedang ditidurkan.

Isteri kepada Aman Graseka, Reena Areena bagaimanapun menolak dakwaan itu dan mengesahkan anak mereka yang berusia tiga tahun itu kini sedang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.


“Anak kami sakit, bukannya rekaan. Kami terkejut apabila ada laporan mendakwa kami menghantar pesanan kepada Sharifah Shahirah (Shiera) meminta bantuan.

Shiera memaklumkan melalui radio (Suria FM) meminta orang ramai mendoakan anak kepada Aman kembali sihat, tetapi, bukan minta bantuan.

Disebabkan pernah tular kisah kami yang berpunca daripada ‘scammer’, ramai orang sudah tidak percayakan kami apabila perkara betul seperti ini berlaku,” katanya.

279766129 2306313549519669 1012224229573127028 n

Menurut laporan Berita Harian, Reena berkata anaknya itu tidak mengalami simptom demam namun sakitnya itu berkemungkinan berpunca dari strok haba susulan cuaca yang sangat panas di utara tanah air.

“Disebabkan anak saya tidak beri tindak balas, doktor maklumkan kepada kami anak terpaksa ditidurkan sebab takut jangkitan kuman merebak ke kepala.

Jadi, kami putuskan untuk tidurkan anak dan bawa ke HSB. Ketika ini, anak masih ditidurkan agar dia dapat berehat. Namun, saya tegaskan, kami tiada minta bantuan Shiera.

Tetapi, kami ada minta bantuan kerajaan negeri membiayai kos penginapan kerana kami perlu berada di Alor Setar. Kami tidak dibenarkan menunggu anak di unit rawatan rapi (ICU) di hospital terbabit,” katanya.

Reena yang merupakan bekas pelakon dan model itu menjelaskan perkara itu dengan harapan dapat menepis sebarang persepsi buruk mengenai keluarga mereka.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.