in

Anak Habis Sekolah, Ibu Hadiahkan Cikgu Rantai Bernilai RM32K

Ft Rantai Harga 32K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Didikan yang diberikan oleh seorang guru di sekolah dalam menjadikan anak-anak kita insan yang berguna adalah sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti. Jadi sebagai ibu bapa, pastinya kita akan rasa terhutang budi dan ingin membalas jasa si guru.

Perkara itulah yang mungkin dirasai oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Farah Wen ini, menerusi video TikTok yang telah meraih sejuta tontonan dalam masa 20 jam ini, Farah Wen menunjukkan rakaman detik hari terakhir anaknya di sebuah sekolah.


 

Hadiahkan rantai harga RM32K

Menerusi video yang dikongsikan, anaknya dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan, senior sekolah dan gurunya. Bagi Farah, perpisahan antara anaknya dan cikgu paling menyentuh hati kerana individu itu telah banyak mendidik anaknya.

Oleh itu, Farah berhajat untuk melakukan sedikit kejutan dengan memberikan saguhati kepada guru tersebut iaitu barang kemas yang bernilai RM 32,400.

“Dia (anak) dapat belajar banyak perkara tahun ini disebabkan awak, Awak adalah cikgu kesayangannya sampai bila-bila, harap awak menyukainya.”

@farahwen

Last day of school with Ali 🥺 #fyp #lastday

♬ Somewhere Only We Know – Hilman Rospandi

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tergamam dan ada juga yang cemburu dengan cikgu bertuah itu sehinggakan ada yang berseloroh mahu menawarkan diri untuk menjadi cikgu kepada anaknya.

Screenshot 2023 07 06 171512 Screenshot 2023 07 06 171532 Screenshot 2023 07 06 171601

Apapun, niat untuk mengajar kenalah ikhlas dan bukan kerana inginkan penghargaan semata-mata. Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk guru tersebut agar terus mendidik murid dengan lebih baik.

Baca : [VIDEO] Sempena Hari Ibu, Anak Hadiahkan Cincin Emas Hasil Kumpul Duit Jual Jajan

Ft Anak Beli Cincin Buat Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.