Seperti yang kita dapat lihat, sekarang ini musim hujan lebat, ada sesetengah tempat dah mula ‘naik air’ dan ia sekalligus membuatkan ramai orang jadi bimbang jika berlaku sebarang perkara yang mencemaskan.
Antaranya, wanita yang dikenali sebagai Syaza ini, saat orang lain meghembuskan nafas lega dan gembira dapat pulang ke rumah dalam keadaan cuaca hujan yang sejuk untuk berehat, Syaza terkandas selama 4 jam di tempat kerjanya akibat banjir.
Tersadai di tempat kerja sebab naik air
Menurut Syaza di laman TikTok miliknya, pada waktu tersebut dia berseorangan kerana semua orang dah balik dan dia menunggu ibu bapanya untuk datang ambil.
“Dalam hati betul-betul berharap ibu abah sempat sampai sini sebelum air naik.”
Malangnya, ibu bapanya yang dalam perjalanan mengatakan bahawa mereka terperangkap dalam jammed dan banyak kereta patah balik, waktu semakin berlalu, Syaza cuba hubungi ibunya tapi tak terjawab.
@_.chajaa.jaa._ Replying to @surihani 4 jam terkandas banjir. Alhamdulillah, semua baik2 jea?Thank you yang mendoakan?Pukul 11 malam baru selesai semua❤️ #fypシ #foryou #foryoupage #foryourpage #tiktokpeliyfyp #banjir
Syaza pada masa itu dah mula rasa panik dan ingin cuba untuk mendapatkan bantuan, namun begitu dia terus mendapat panggilan daripada ibunya semula untuk tenangkan dirinya.
“Sedih bila ibu saya cakap jangan takut, abah cari jalan juga macam mana nak ambil kakak.”
Namun setelah sekian lama menunggu ibunya hubungi lagi dan mengatakan bahawa kereta dihadapan mereka masuk longkang dan tak boleh nak gerak.
Selepas manunggu, Syaza yang akhirnya ternampak kereta keluarganya itu di hadapan kilang terus menangis namun begitu dia terlihat kereta ibu bapanya pula tersangkut.
“Dah cuba tolak ke belakang tapi tak cukup orang nak tolong, jalan kilang time tu sunyi.”
Disebabkan kereta mereka tidak dapat bergerak, Syaza sekeluarga terpaksa masuk ke dalam kilang (tempat kerjanya) untuk berteduh sementara tunggu bantuan sampai.
“Terpaksalah semua turun dari kereta, masuk kilang untuk tunggu bantuan datang, tak apa la kereta dekat situ, yang penting semua selamat, ada depan mata.”
Bagaimanapun kira-kira jam 10 malam, bantuan akhirnya sampai dan mereka dibantu oleh pihak bomba untuk dibawa pulang.
@_.chajaa.jaa._ Replying to @MamaAryan Alhamdulillah dah selesai. Cuma nak kena keringkan dalam kereta sebab air masuk sikit. Terima kasih semua yang membantu dan mendoakan? #fypシ #foryoupage #foryourpage #tiktokpelitfyp
Kata Syaza lagi, keesokan harinya dia ke kilang tersebut untuk dapatkan semula kereta, air dilihat dah semakin surut dan akhirnya kereta ayahnya itu berjaya diselamatkan.
Baca : SPR Boleh Tangguh PRU15 Jika Berlaku Banjir Besar – PM