in

“Anak-anak saya perlu belajar” – Ina Naim Perjelas Kenapa Tidak Boleh ‘Menjanda’ Terlalu Lama

Ina Naim Tidak Boleh Menjada Lama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, bekas isteri kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim memaklumkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Dalam satu sesi live di TikTok, Ina menyatakan bahawa kehadiran bakal suaminya diharapkan dapat menyokong usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya yang kini sedang meningkat remaja.


Dia menjelaskan bahawa anak-anaknya telah mula belajar dengan bakal bapa mereka dan sering berhubung melalui telefon untuk mendapatkan bimbingan.

Artikel berkaitan: Ina Naim Bakal Bernikah Dengan ‘Mohd K’? Isman Hijjaz Luah Rasa Lega

Artikel berkaitan: Ina Naim Sedia Jadi Isteri Semula, Perjelas Ciri-ciri Lelaki Yang Sesuai Jadi Suami

136809173 433066627839423 3848761311423867468 N 1024X1024 1

Selepas pemergian suami, Ina merasakan keperluan untuk membina keluarga semula bagi masa depan anak-anaknya. Menurut Ina, walaupun anak-anak tidak bersekolah secara formal, mereka masih perlu mendapatkan pendidikan.

“Anak-anak memang tidak ke sekolah tapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.

“Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia,” katanya.

@chuarekarimjer

Tahniah Ina Naim dan pasangan . In shaa Allah SS dah tenang dan bahagia dia Sana . Ina perlukan pembimbing utk jaga anak2 dan diri ina jugak ♥️ #inanaim #suhaimisaad

♬ original sound – Chuarefaizol – Chuarefaizol

Bakal bernikah pada 8 November ini, Ina berkata dia dan bakal suaminya hanya menjemput keluarga dan kenalan terdekat sahaja bagi meraikan hari bahagia yang disambut secara sederhana.

Difahamkan, bakal suami Ina yang dikenali sebagai ‘Mohd K’ juga seorang peminat Allahyarham Suhaimi. Jejaka itu merupakan duda anak dua adalah seorang bekas tenaga pengajar di Giat Mara.

Alhamdulillah, semoga urusan Ina dan sekeluarga dipermudahkan…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.