in

Anak-anak Bukan ‘Tikus Makmal’, UPSR & PT3 Kekal Dimansuhkan – Menteri Pendidikan

Fadlina Sidek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdahulu, muncul desas-desus mengatakan bahawa peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan dikembalikan semula kerana munculnya masalah pelajar yang tak mahir membaca, menulis dan mengira (3M).

Walau bagaimanapun, hari ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa peperiksaan berkenaan akan kekal dimansuhkan dan tidak akan dikembalikan semula setakat ini.


Menurutnya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) masih kekal dengan keputusan terdahulu yang dimansuhkan pada 2022.

Fadhlina Sidek Bernama

Artikel berkaitan: UPSR Mungkin Mansuh Selamanya, Perbincangan KPM Kini Di Peringkat Akhir

Artikel berkaitan: “Walaupun nampak kecil” – Fadhlina Sidek Terharu Terima Surat Dari Adik Darwisy

Tambahnya lagi, cadangan untuk mengembalikan kedua-dua peperiksaan itu memerlukan pandangan menyeluruh dan tidak boleh dilihat berdasarkan satu aspek sahaja.

Kita perlu sediakan pandangan keseluruhan KPM dan kita akan siapkan persiapan pandangan itu, ia tidak boleh dilihat dalam satu aspek sahaja dan (seharusnya) lebih besar.

“(Ini kerana) anak-anak kita bukan tikus makmal yang kita nak ulang kaji mereka, sekejap ada peperiksaan sekejap tidak ada,” kata Fadhlina dalam satu sidang media.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan dasar pendidikan berhubung peperiksaan bagi pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 perlu disemak semula dan dirombak selepas kewujudan masalah pelajar tidak mahir 3M.

Bnm Upsr Hmfield Image Socialmedia

Cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kata Fadhlina.

Jadi penegasan di peringkat KPM itu adalah untuk memastikan apa keputusan yang kita ambil tidak boleh menjejaskan anak-anak kita.

“Kita ada tumpuan yang lebih besar khususnya Kurikulum Persekolahan 2027 dan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu.

“Semua input ini termasuk peperiksaan UPSR sudah berada dalam sesi libat urus KPM khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu,” katanya lagi. 

Sebagai info, UPSR mula diperkenalkan pada tahun 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu untuk memahirkan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul).

PT3 pula dilaksanakan pada tahun 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Namun kedua-duanya dimansuhkan pada tahun 2022.

Sumber: Utusan Malaysia

Sumber: HM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.