Ramai sedia maklum yang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang suka memasak dan pandai menyediakan pelbagai jenis masakan.
Tak sangka pula bakat memasak tuanku ini menurun kepadanya anakandanya, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Wahhh hebatnya!
“Anak-anak saya masih dalam Uni di UK. Afzan jadi tukang masak abang-abang dia”
Menerusi perkongsian bondanya sendiri di Twitter, Tengku Afzan yang berada di sebuah universiti di United Kingdom telah memasak pelbagai juadah buat kekanda-kekandanya.
Nampak sedap-sedap semuanya. Ada bihun, ada macaroni and cheese dan macam-macam lagilah! Terliuq min tengokkkk…
https://twitter.com/cheminahsayang/status/1168804549420650497
“Abang-abangnya kata, Afzan masak lebih sedap dari mama”
Tambah Tunku Azizah, betapa pandai anakandanya ini memasak sehingga abang-abang Tengku Afzan di overseas sana siap cakap adinda mereka ini memasak lagi sedap dari bonda. Amboi…
Menurut tuanku, Tengku Afzan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Bachelor of Science in Managament and Accounts. Tuanku sempat memohon doa daripada rakyat jelata sekalian semoga anakandanya itu berjaya dalam pelajaran. Amin!
“Anak Agong pun masuk dapur!”
Rata-rata netizen melihat posting Tunku Azizah memang salute habislah dengan peribadi Tengku Afzan yang bukan saja cantik dan lemah lembut tetapi dia juga seorang yang pandai memasak.
Tengok… anak Agong pun relaks je masuk dapur. Ini korang pulak merungut bila mak suruh masak dan mengemas dapur tu.