Rezeki semua Allah yang tentukan, bagaimanapun usaha tu kena ada, tapi kalau sampai menindas orang lain memang tak berkatlah duit tu.
Kisahnya didakwa ada seorang selebriti popular tanah air ini suka cantas kerja penyanyi lain untuk digantikan dengannya. Perkara itu didedahkan oleh penyanyi Amir Jahari berdasarkan pengalamannya sendiri di mana beberapa persembahannya dibatalkan.
Artikel berkaitan : “Kau boleh pakai, tapi aku tak izinkan” – Amir Jahari Larang Orang Gunakan Lagunya Untuk Hal Politik
Artikel berkaitan : “Amir Jahari Music Saya Mohon Maaf. Lepas Ni Saya Guna Lagu Nasyid” – Mas Ermieyati
Walau bagaimanpun, Amir Jahari enggan mendedahkan nama artis tersebut, namun, dia menjelaskan bahawa artis tersebut mempunyai pengaruh besar dalam industri hiburan dan ia memudahkan artis tersebut mencantas kerja penyanyi lain di saat akhir.
Jelasnya lagi, perbuatan kejam artis tersebut sudah lama berlaku kepadanya sejak lagu Tanpamu nyanyiannya itu diterbitkan dahulu.
“Saya dapat tawaran menjayakan persembahan dan penganjur memang mahu saya nyanyi. Tapi kerana artis B ini tahu saya akan buat persembahan dan dia kenal klien program, persembahan saya dibatalkan saat akhir untuk digantikan dengannya.”
Sumber melaporkan bahawa bukan sahaja sailang job, ada juga pihak yang tidak hargai usahanya mendidik dan menggilap bakat penyanyi muda.
“Saya pernah asah bakat seorang artis ni. Saya jumpa dia dulu, cuma saya tak pernah cakap dia artis rakaman kerana saya tiada syarikat label.”
“Tapi kemudian ada satu label rakaman ambil artis ini dan buat pengakuan kononnya mereka yang jumpa artis ini dahulu.”
Dalam pada itu, Amir Jahari mendedahkan bukan sahaja rakan artis, Amir Jahari juga pernah melalui isu hak komposer dan penulis lirik.
Sumber: Utusan