Minggu lepas, pelakon, Amelia Henderson ada mendedahkan hasratnya untuk bertanding dalam pertandingan ratu cantik ‘Miss Universe’ tahun ini. Hasratnya itu telah dikongsi melalui akaun Twitter rasminya sambil meminta pendapat warganet.
ok guys i have a crazy, crazy idea. but this is the last year i’d actually be able to…. should i join @MissUniverseMY ? it’s always been a dream ?
— anggun zahara (@ameliath) March 3, 2023
“Ok korang, I ada idea ‘gila’, tapi tahun ni mungkin peluang terakhir I. Patut tak I sertai Miss Universe Malaysia?”
“Ia sebenarnya menjadi sebahagian daripada impan saya selama ini,” tulisnya di ciapan tersebut.
Difahamkan, Amelia turut berasa lega untuk menyertai pertandingan tersebut kerana segmen berbikini dalam pertandingan itu sudah tidak diwajibkan.
Menurut pelakon filem Pulau itu, dia tidak akan memakai bikini di atas pentas kerana dia bukan seorang yang selesa memperagakan bikini di khalayak ramai.
https://www.instagram.com/p/Cldy7LJv5nv/
Selain itu, Miss Universe Malaysia kini berada di bawah pengurusan baharu yang bukan sekadar membuka penyertaan kepada wanita bujang sebaliknya wanita sudah berkahwin, bercerai, malah golongan ibu juga dialu-alukan.
Netizen suruh ingat dosa?
Walaubagaimanapun, hasrat Amelia itu telah mendapat pelbagai reaksi warganet sehinggakan ada yang meminta Amelia untuk berfikir dua kali.
Selain itu, ada juga netizen yang melontarkan komen berunsur kecaman dan meminta Amelia untuk ingat dosa.
Namun, ada netizen yang menyokong Amelia untuk mengejar cita-cita dan impiannya untuk menyertai pertandingan ratu cantik ‘Miss Universe’ itu.
Hmm apa pendapat korang?
Baca : “Benci sangat perkataan tu” – Status ‘Janda’ Diperlekeh, Ini Jawapan Amelia Henderson