Ambulans dan pihak polis berdepan detik cemas apabila van yang dipandu oleh pihak ambulans itu terkandas dalam satu kejadian cerun runtuh di Jalan Ranau-Tambunan, Kampung Pahu, Tambunan, Sabah baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut telah selamat melahirkan anaknya dan kedua-duanya kini dalam keadaan stabil. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.26 pagi.
Artikel berkaitan : Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Dalam Gelap Demi Anak Sakit
Artikel berkaitan : Halang Ambulans Bawa Pesakit, ‘Myvi Teh Ais’ Terima Kecaman Netizen
Katanya, ia selepas laluan terputus dan menyebabkan ambulans serta kenderaan kecemasan terhalang, dalam masa yang sama, terdapat tanda bayi dalam kandungan hampir lemas.
“Pasukan kesihatan dari Klinik Desa Tontolob, Liawan, Tambunan yang terletak berhampiran lokasi kejadian telah melakukan tindakan penilaian awal dibuat dan mendapati pesakit berada dalam fasa aktif proses kelahiran yang memerlukan pemindahan segera ke hospital.”
“Susulan daripada itu Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Daerah Tambunan telah dikerah ke lokasi kejadian dengan sebuah ambulans untuk membantu memindahkan pesakit dan disebabkan laluan terhalang, mereka mencari alternatif lain bagi memastian, pesakit dapat dipindahkan segera.”
Tambahnya, hasil kerjasama daripada banyak pihak termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tambunan dan penduduk kampung berjaya memindahkan pesakit merentasi kawasan terjejas menggunakan laluan alternatif yang lebih selamat sebelum dibawa ke Hospital Keningau.
“Sebaik tiba di hospital, pesakit segera dimasukkan ke dewan bedah dan menjalani pembedahan kecemasan kerana mengalami tanda-tanda bayi lemas di dalam kandungan. Ibu dan bayi berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.”
Sebelum ini, sumber melaporkan satu kejadian seorang wanita nyaris bersalin di tengah jalan apabila perjalanannya ke hospital terkandas akibat laluan terputus susulan kejadian cerun runtuh di Jalan Ranau-Tambunan.
Kejadian itu tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit 25 saat yang memaparkan keadaan ketika itu hujan manakala jalan raya tidak dapat dilalui oleh kenderaan kerana ditimbuni tanah.
Dalam pada itu, pasukan perubatan dilihat cuba membantu wanita tersebut yang diusung melalui laluan terjejas untuk dihantar ke hospital menggunakan ambulans.
Sumber : Sinar Harian